Selasa, 28 Februari 2012

Salam Satu Malaysia...weeeeii

Kepada semua peminat ai, jangan kecewa yerk kerana sekarang ai dah lama tak hupdate blog bukan ape, ai sekarang tengah sibok dengan show terlampau sana-sini.  Faham-faham je lah orang gile glamour macam ai kan hahaahhaha...boley tak nak poyo cam tuh. sekali-sekala nak gak over ek heheee..Dasar lupa daratan..Yang sebenarnye saya tak lah sibuk sangat sekarang ni kan tapi malas sikit. Tak tau lah ape dah jadi dengan si kepochi sorang nih. Penyakit malas makin menjadi-jadi. Adakah kerana sudah tua, sudah gemok atau sudah bosan...tapi rasanya jawapan yang tepat adalah kerana faktor penyakit ngada-ngada. boley?
Okeh jom segera meneruskan pembacaan.  Dok membebel entah ape-ape macam ade je orang baca blog ko Mak Limah shikin.
Hari sabtu lepas, Haziq masuk pertandingan mewarna sempena majlis Program Merakyatkan seni Dan Budaya Komunita Satu Malaysia.  Wah! semangat bersatu-padu nampak Mak Limah..Biasalah Mak Limah kan, Bersatu -padulah untuk menentang hantu di Kampung Pisang..hehee
Pertandingan nie diadakan kat Jementah, walaupun malas untuk bersiap-siap macam nak gie kerja dipagi sabtu yang hening, tapi sebab haziq dah beriya-iya kena lah layankan. Orang tengah kobar-kobar nih..UncleBad pulak sibok dengan keje. pagi-pagi dah keluar gie pejabat, jadi Mak jugak yang kena. Tak pe menyokong suami hehehee.

sebelum acara mewarna bermula...ambik gambo dulu.  Nih kawan baik Haziq lah kiranya. Nama Naim.  Yang sebelah tuh adik dia. Bila tengok gambar nih, besor plak tengok dak Haziq nih. Pakai baju belang-belang pulak tuh. Dah macam budak darjah satu.

Sian kena dok bawah je. Orang lain bawa meja.  saya tak teringat plak nak bawa meja. kaler aje lah kat bawah tuh.

Tekun mewarna.
Nak ambik hadiah nih..tak sabar sampai tak beratur.
Hai cikgu bila mau bagi hadiah, kami sudah bosan. Yang depan tuh satu sekolah dengan Haziq gak. Nama Kristal@Girl.


Masa nih dak Haziq beriya-iya nak tunggu naik pentas, tapi tak dapat pon hadiah. Sian. Tapi tak pe dapat hadiah penyertaan pon jadilah. Kawan sekolah dia yang dapat cuma sorang ( Girl).  Itu pon hadia saguhati. Takpe cuba lagik.

Pastuh acara yang dinanti adalah makan. Nih gambar dengan ibu Naim. Masa nih, Haziq sorang jerk tak makan.  Saya awal-awal lagi dah tau dia tak kan makan. Sebab aper tau...sebab gia geli makan campur-campur.  Apelah anak orang kaya ke ape...siap nak muntah lagi.  Owh, Haziq, Haziq.  Dulu pon penah gak makan dalam dulang macam nih kat masjid, dia dah termuntah jugak. hish bikin malu jerk.

Tengok.  Lauk kampung lagi. Sedap tau. Boley ker rasa macam nak muntah tengok cegini punya lauk sedap. Tapi mungkin Haziq nih tak biasa tuh yang jadi macam tuh. Nie dalam dulang tau.  Tengok macam nih, macam dalam pinggan pulak..Hah, tetiba pulak lapor tengok gambar nih waktu-waktu tengah hari macam nih.
Okeh lah nak gie makan...hahaaa. Ape sudah jadi dengan program diet ku??jadi raksasa tido ke? 

Khamis, 23 Februari 2012

Giliran Haziq Pulak

Selamat Hari jadi. Hari tuh cerita hari jadi saya, nih cerita hari jadi Haziq pulak.  Biasalah kan saya kan petern lambat nak hupdate blog. Ape pemalas lah kan..dekat sebulan baru terhegeh-hegeh nak cerita hari jadi yang dah basi, masm tapi tak pe ahkak suka. Suka buat lembab-lembab sebab kalau buat rajin-rajin, orang cakap saya tak de keje ke? kenapa ko nak bagi keje ke?? meh,meh, meh saya tadah pastu baling-baling siap swing lagi macam dalam cerita Xman,  pastu Haziq datang angkat batu besar baling kat ko... heheee...merepek.
Hari tuh saya cakap, Haziq nak kek Alwin kan,  puas mencari dan tanya orang tapi tak dapat lah.  Pening gak. Akhirnya pegi order kat kedai kek aje.  Bukan ape kalau order kat orang yang pandai deco, blehlah saya creative kan sikit kek tuh kan (mak ko macam pandai no je nak deco) Bila gie kedai ada pulak kek Angry Bird, sebat je lah . Orang tuh pun macam pening-pening jerk bila saya tanya nak deco kek Alwin & chipmunk.  Saya pon dah pening2 gajah, order je lah ape yang ada dan nasiblah si Haziq tuh okey jerk. heheheee selamat ibu ko.

Bila dah ambik kek tuh, nampak garang gile kek tuh...tapi dah nama pon Angry bird, ko makan je lah budak-budak burung garang tuh.  makan hancur-hancur untuk menghapuskan kemarahan burung tuh. Tengok. Ei, takotnye..

Sebelum tuh, nie keje-keje rewang sebelum majlis kawen heheee taklah keje-keje menyiapkan buah tangan untuk kwn2 sekolah.. 

Rajin betul ketua kelas nih. hah, lupa nak bagi tau sekarang nih dak Haziq nih cikgu dah lantik ketua kelas..ape? macam tak pecaya mak ko bile dia bagi tau hari tuh. ade orang takut ke? oklah jugak yerk bio rajin skit belajo...semangat skit. boley ker?( Ibu yang curiga). Tetiba teringat si 'Intan payung @ ehsan dalam cerita Upin&Ipin. "selamat pagi cikgu". (intonasi Upin&ipin Okeh)

Ini lah sedikit cenderahati untuk kengkawan Haziq.

Bungkusan yang telah di bungkus..Dah macam jajan rumah orang kawen. Nasib tak panggil jiran sebelah datang rewang..

pegang pisau tuh dah macam tak nak lepas dak Haziq nih..Yang kawan sebelah tuh mesti dok cucuk hidung burung tu kan??haaa..jangan kasik tercabut .

Cikgu Tilla tolong pasang lilin.

Bila tengok gambar nih, kenapa pulak dok tersengeh-sengeh depan kek tuh..adakah kerana burung tuh tetiba say Hai..(pening ibu ko dok pikir. kenapa,kenapa,kenapa..)


Nyanyi semua...nak makan kek kena nyanyi..kuat-kuat semua...Si ketua kelas tuh kenapa plak jeling-jeling orang sebelah..

Tuh nak makan pisau kek ape..

Potong kek dengan sopan yerk.

Jemput makan..

semua pandang sini...

ada yang pakai baju sekolah, ada yang tak de kan.. sebab budak2 baru masih tak dapat uniform lagi untuk tahun nie.  sian kan..

suka berposing heh...

Bulan tiga dah nak pikr beday sorang lagi budak manja kuikuikui...kali nih beday UncleBad ler.  Baguskan berturut-turut susun agenda.  Haziq siap cakap nak belikan ayah dia kek 'XMan'.  Apekebenda nye, masak nak cari tak de punya jual.  Nantilah cari ilham..