Khamis, 5 September 2013

Sambutan Raya Pejabat Kiteee


Hari nie 29 syawal...erm masih lagi raya kan..ke dah tak rasa macam raya lagi??atau korang masih lagi macam tak cukup raya lagi sebab masih ada lagi orang yang tak buat open house??haaa..acer ner tuh. kalau orang tak buat open house, tapi nak juga datang raya rumah dia, pegi je lah..nama pon raya, pintu rumah sentiasa terbuka. okeh 28 ogos hari tu saya buat openhouse besar-besarannn..kaww pejabat saya buat jamuan hari raya. Tersangatlah meriah dengan makanan..rasa macam nak tapaw bawa balik tapi tak de tupperware pulak nak bungkus hahaa..



banyak kan gerai. semua pon ade. Menu utama ketupat, lontong dan lemang. Untuk sampingan ada satay. KAMBING GOLEK besarkanmatadisitu..kuih raya. 

antara minuman yang ada.

ini lagi, minum sampai muntah dan geleng kepala..taknak-taknak. owh lupa, aiskrim pon ada tau.





weelahhh...mak mok ada disini kikiii..betapa lebar nye saya kat sini. Baju tak sedondon ea.

Pengacara majlis. tq awak-awak sebab tolong jadi emmcee

marhaban dan selawat

My boss..

big boss..ini bakal haji




dan yang ditunggu-tunggu, duit raya. sukalah bebudak nie dapat duit raya kan. Tujuh ploh kali nak cium tangan bos.
Itu je lah kot yang nak cerita. Tahun depan harap-harap pejabat saya buat lah lagi majlis macam nie. dapatlah makan free sampai tak muat perut.  Saya kan sukaaa. 





Rabu, 4 September 2013

Hafikh Enam Bulan

Hari nie nak cerita pasal Hafikh lagik..Hafikh diusia enam bulan 2 minggu 10 hari. Dah nak masuk 7 bulan pon minggu depan. apelah lambat sangat nak update kan. Mak cik lupo lah pulok.
di usia 6 bulan nie Hafikh dah pandai minta adik. op mak ko nak kena lempang hehee bunyi boooo, booo sambil air liur keluar-keluar bagai. Pastu masih lagi meniarap, menerik dan pusing-pusing. Ini adalah tersangat lambat saya rasa. Tak sabar dah nak tengok dia cepat pulak merangkak. Eh, suka pulak ea..nanti lepas nie dia dah start kemas rumah, nak naik turun tangga ko merungut penat pulak ye cikin oi..cakap pasal naik turun tangga nie, saya sedang mencari-cari playpen atau pagar nak tutup tangga kat rumah tu. Puas juga cari ni semua pon mahal-mahal ek..rasa macam nak sewa je kat kedai tu. bila dah besar pulang balik..erk ade ke? Hafikh dah tumbuh gigi tau. Seminggu sebelum raya dia demam. Habis putih-putih mulut tu timbang pon tak naik masih lagi 6.78kg. Lepas raya tengok ade tumbuh sikit gigi geraham kat sebelah kiri. Pelik pulak. Selalu gigi depan dulu. Ini geraham pula dulu. tapi misi kata tak pe. lagipon gigi depan bawah dia dah nampak bayang-bayang gak. erm, bagus juga tumbuh gigi awal. Cepat sikit boleh makan keras. Tak payah lah saya nak blender-belnder sangat. Pemalas ek.


suka juga pegang-pegang kali. Kasut tu kalau boleh nak buka..kalau boleh lah.  Hafikh masih lagi menyusu badan. Cuma dah campur formula milk kat taska. saya pon dah bagi dia makan nestum dan dia tersangatlah suka makan. 

Sekarangpon dia suka sangat main dengan abang dia. Kalau nampak abang dia balik school, bukan main ceria je muka. Dah pandai nak rebut-rebut barang yang abang dia pegang. Yang tak boleh blah, abang dia main PS2, dia pon nak pegang. ha, ii memang pening. Yang Haziq pulak bila dah main, memanglah dia tak layan.  Siap angkat letak adik kat tepi.  Ada rasa macam nak kena tempeleng tak?? 


Ha, tengok, muka dah moncong sebab orang sebelah tu tak bagi dia pegang. Bila dah letak duduk atas rocker tu, dia redha je lah. sebab dah leh nak buat ape kan. Tengoklah dua ,tiga bulan lagi..dia dah pandai merangkak..tak dapek lah nak dok tegak macam tu lagi. Silap-silap dah turun nak naik tangga kat sebelah tu.