Rabu, 6 Februari 2013

Perasaan

Saya tak tau nak cakap perasan saya sekarang nie. Ada suka, takut dan debar-debar semua menjadi satu didalam dada ini. Cewah,dah macam lirik lagu dangdut pula.ahaks.. kejam buka mata, kecik besar, kecik, besar.. Kandungan saya sekarang adalah  telah 37 minggu, 3hari. Minggu depan 38 minggu. perasaan takut tetap ada okey walaupun ini kali yang kempatnye saya melahirkan anak..dan perasaan teruja pun ade sebab dah lama tak ade baby. Sudah bersediakah saya?? entah, redah je tapi tak boleh membayangkan waktu bersalin. Seram. Haziq pun dah tak sabar nk jadi abang. Ok ini antara persiapan yang telah dibuat.

Tilam dan bantal baru.  Tilam lama Haziq tak tau dah kat mane.  Beli baru jerk. Semua nak baru hehee... 


Yang nie antara persiapan yang dah dibeli. Tu tilam dan bantal tadi tapi yang nie dah ada sarung . Suka betul ahkak mengabiskan duit. Beli sarung bantal dan tilam tu online tau tapi bile dah sampai kat rumah, baru perasan banyak pulak pink nye warna tu..Kalau dapat baby boy, pakai ajelah sarung tu. Lagipun ade biru-biru gak sikit tuh kan..nampak, nampak??? nak sedap kan hati. Tu dalam bakul tu semua baju-baju baby. Siap beli breast pump baru lagik.  Kalau ikut setiap kali beranak, setiap kali tu lah beli pump baru. termasuk nie dah ade empat breast pump saya. Gile banyak hahaaa... Yang nie, elektrik punya. kekonon kali nie nak pakai yang elektrik punya. Malas kan. Siap dah beli storage bags breast milk lagi. Niat nak Breast feeding sepenuh masa. Tu yang dah beli bagai semua  Doakan saya berjaya yerk.
 Kalau tengok, barang-barang banyak beli yang baru sebab barang lama haziq punya dulu dah banyak diaqiqah kan. lamakan..haziq pun dah tujuh tahun, jadi adalah lebih baik adik dia dapat barang baru.no second hand. wah poyo mak ko. tapi ada jugalah barang lama haziq yang masih lg boleh dipakai. macam stroller,baby seat , kelambu baby..itu pun macam dah berkira-kira nak beli stroller baru sebab tengok stroller sekarang ni design cantik-cantik... gerrr..itupon tengoklah kalau mampu.heheee.lagi seminggu beday haziq. Tahun ni planning nak buat kat rumah. Atas pemintaan empunya badan juga. Selalu celebrate kat skool je tahun nie dia nak buat kat rumah..siap minta tema tranformers lg. Malas betul mak ko nie nak oi..tapi layankan jugalah. Saya pon dah siap beli barang, kek, stickers semua lah.  Bila dah beli-beli bagai tu dah macam syok pulak.  Semangat jugak nak deco-deco sikit dengan tema transformers. 
Ini antara kad jemputan, bookmark dan food standee. Gigih betul lah buat design nie semua. Ini buat sendari tau. Cantik tak???hahaaa.. dan tempahan sticker untuk mineral bottle, goodies bag dan flag banner masih lagi menunggu kedatangan nya.  Tak sabar nak tengok design dari MyKhalish 
Tapi disebalik semangat yang berkobar-kobar tuh, doktor memberikan saya satu tarikh iaitu 14.02.2013 saya dah kena masuk wad. 15.02.2013, due. Owh, sesungguhnya...tak tau nak cakap ape. Yang best nye..tarikh tu dekat dengan tarikh lahir Haziq. So, tahun depan bolehlah celebrate serentak. Jimat mak ko yang kedek nie.. tapi nampak gaya nye kena tukar plan lain untuk Haziq..erm macamna? bila cakap kat dia muka dah frust so terpaksalah janji postpone dulu ke satu tarikh yang tak tau lagi..fening..adakah kena buat dgn majlis aqiqah sekali..tak taulah kan.tengok budget.so haziq kena terima hadiah dari ibu dulu baru boleh celebrate.hadiah yg terustimewa..apatuh..adik lah .siaplah ko lepas ni kena jaga adik...hahaha...

1 ulasan:

  1. Moga dipermudahkan urusan ikien. Insyaallah. Nak senang, buat sekali dengan akikah baby baru tuh.

    BalasPadam