Isnin, 5 Mac 2012

Menu Saya

Dah lama tak cerita bab masak.  dah lama gak tak mengomel pasal masak.  Masak tetap masak walaupun tak hari-hari tetap masakcuma tak rajin je nak ambik gambar.  cewah, macam best je ayat ek. Saya bab masak nih tak de lah gile hebat. tapi setakat simple-simple tuh bleh lah kan. Yang malas nye bab masak nih, masalah nye Haziq.  Bukan bapak dia yang cerewet. UncleBad seorang yang simple dan tak cerewet bab makan.  Dia lebih suka makanan yang kering-kering.  Kalau Haziq lain pulak mesti nak kuah.  Hari-hari makan kari, kormak dan yang simple sikit ayam masak kicap itupun nak kuah jugak. Kalau tak tak nak makan. tensi ahkak tau.  Malas nak masak dua, tiga lauk.  Kalau masak kari je hari-hari tekak saya pon muak.  So, terpaksalah masak untuk dua tekak.  Haziq dan apak dia.  saya tak kisah.  Biasanye makan je ape yang ada. Owh, sungguh pening.

Ini adalah menu jumaat malam.  Sian ayam saya dah macam tak senonoh jerk ambik gambar.  gambar pon semua kureng memuaskan.  Lagi pon Haziq dah tak tahan lapo (cewah, salah kan anak plak) tu yang tak sempat nak lap tepi-tepi bagi cantik sikit. Ini salah satu menu wajib Haziq okeh.

Ini plak cendawan masak air.  berminyak-minyak kuah aku. kikihh...bubuh sikit daun kunyit bagi sedap.  Kitaorang makan berdua je malam tuh. UncleBad balik lambat. 

Dan ini paling mahal.  sambal tempoyak. Tempoyak ni import dari Perak tau.  adik saya buat sendiri. Dia kata banyak sangat durian, dia buat tempoyak.  Tetiba teringat kat sorang pak cik saya, dia suka tempoyak tapi sebelum makan dia akan tanya sape yang buat.  Bukan ape, dia kata takut tangan sipembuat tempoyak tuh ade cagu..boley? hehee kembang tekak. Jadi lepas nih kalau dia tanya sape buat tempoyak dan dia tak usik tempoyak tuh, tau lah bahawasanya dia geli dengan tangan orang yang buat tempoyak tuh...tapi saya tak. Tangan saya bersih selalu sapu losyen auw..poyo.





1 ulasan:

  1. Tanpa Nama5/3/12 3:56 PTG

    yummy yummy...nk dgr celoteh awk lagi...klin

    BalasPadam