Ini adalah menu jumaat malam. Sian ayam saya dah macam tak senonoh jerk ambik gambar. gambar pon semua kureng memuaskan. Lagi pon Haziq dah tak tahan lapo (cewah, salah kan anak plak) tu yang tak sempat nak lap tepi-tepi bagi cantik sikit. Ini salah satu menu wajib Haziq okeh.
Ini plak cendawan masak air. berminyak-minyak kuah aku. kikihh...bubuh sikit daun kunyit bagi sedap. Kitaorang makan berdua je malam tuh. UncleBad balik lambat.
Dan ini paling mahal. sambal tempoyak. Tempoyak ni import dari Perak tau. adik saya buat sendiri. Dia kata banyak sangat durian, dia buat tempoyak. Tetiba teringat kat sorang pak cik saya, dia suka tempoyak tapi sebelum makan dia akan tanya sape yang buat. Bukan ape, dia kata takut tangan sipembuat tempoyak tuh ade cagu..boley? hehee kembang tekak. Jadi lepas nih kalau dia tanya sape buat tempoyak dan dia tak usik tempoyak tuh, tau lah bahawasanya dia geli dengan tangan orang yang buat tempoyak tuh...tapi saya tak. Tangan saya bersih selalu sapu losyen auw..poyo.

yummy yummy...nk dgr celoteh awk lagi...klin
BalasPadam