Rabu, 23 Jun 2010

KISAH PIRAMID

Kita sambung kisah jejalan di Mesir. Bila sampai di Mesir, saya ditempatkan di sebuah hotel.Hotel nie tengok kat luar, macam tak caya je hotel sebab bangunan yang macam tak siap, hampir-hampir buat saya tak percaya itu adalah hotel. Tapi itu memang hakikatnya di Mesir ni. Kebanyakkan bangunan berwarna coklat dan tidak di 'plaster' dibahagian luarnya.
Pemandangan hotel dari depan


Inilah tangganya..Kat sini sape banyak komplen, ko tidolah tepi jalan huhuuu...tak de lah. Biasalahkan kita gie tempat orang so, pandai-pandailah bawa diri. Satu lagi yang saya nak komplen pada mulanya ialah tandas yang tersumbat, air bertakung..memang mula-mula nak komplen lah ewah, orang Malaysia nie kerek seh tapi bila semua orang mengadu benda yang sama, masalah yang sama barulah saya faham dan setelah diberitahu oleh Ketua rombongan bahawa, Mesir memang kurang cekap bab saliran sebab tempat diaorang takde hujan sangat. Rumah pun tak berbumbung. So, faham-faham sendirilah.o...o...barulah akak faham. wah, ko mentang-mentang orang JKR, nak tunjuk pandai pula hehee..Erm, rupanya memang begitu walau dimana-mana pun kat Mesir nie. Terimalah seadanya. Tu lah ko kaki komplen.

Ini antara pengalaman yang menyeronokan. Lihat seorang perempuan bawa barang guna lembu, eh keldai, eh kuda..alamak lupalah nama binatang tu...yang penting buka unta,unta,unta..sengal rupanya aku nie.

nampak tak piramid tuh...

Pagi esoknya dengan semangat, saya bangun pukul empat pagi. Ye,lah pagi-pagi pak arab tu dah call setiap bilik cakap dah masuk waktu subuh. Awal gila. Kat sini waktu siang lebih panjang dari malam, jadinya pukul empat pagi tu dah macam pukul enam kat sini. bangun,bangun pegi kelaut.huhuh..mana ada laut pagi tu kitaorang pergi ke Pyramid..tujuh benda ajaib didunia. terujanya....


piramid semakin dekat



tu dia punyalah besar piramid tu sampai oang pun nampak kecil macam anak patung je..haaa kerdilnya.konon-konon nak ambil gambar piramid penuh tapi bila nampak orang semakin kecil..hentikanlah...

Ok, sedikit info tentang piramid nie,ia dibina sebagai kubur firaun dan memakan masa lebih 20 tahun untuk disiapkan setiap batu yang membentuk piramid tersebut seberat 1 tan kg..berat tu dan batu-batu tersebut telah diambil dari selatan Mesir.terdapat tiga piramid utama di Giza iaitu piramid Khufu, piramid Khafre dan piramid menkaure. Ingatkan satu jerk.terdapat juga enam lagi piramid kecil lain berada di sekitar piramid utama yang diberi nama Pyramids of Queen.. kalau nak tau tentang setiap satu piramid nie, kenalah cari sendiri info tu yerk...rajinlah sikit.

 
Pemandangan disekitar piramid

Iyalah...inilah dia gambar yang berjaya menampakkan piramid kecil kat belakang saya dan saya nampak begitu comey sekali dihadapan piramid..fulamak perasan pulak minah ni. tapi yang tak bestnye, gambar 'salleh'' kat belakang tu sibuk nye.


Naik unta,unta,unta..itu bukan saya tapi pak arab yang naik unta tu.

Ini pula adalah patung sphinx. Menurut pemandu pelancong kami, patung ini adalah penjaga setiap satu piramid yang ada disitu konon nya lah tapi sayangnya hanya satu sahaja yang tinggal. Yang lain semua sudah runtuh dan hancur.  Great Sphinx of Giza merupakan batu peringatan terbesar dan patung ukiran tertua di dunia. 



Yang bestnya, hidung dan janggut sphinx ni dah takde. ada cerita mulut ke mulut mengisahkan Muhammad Sa'im al-Dahr telah datang mencabar patung Sphinx yang dianggap sebagai 'tuhan rezeki' supaya menambahkan hasil tanaman. oleh kerana terlalu fanatik Sa'im al-Dahr ni terus memecahkan hidung Sphinx itu. akibatnya beliau dihukum gantung atas kesalahan vandalisme. Ada juga yang kata, patung tu ditembak oleh askar napeleon eh, salah eja Napoleon..Betul ke? kalau salah tolong betulkan yerk.

Habis dah kisah tentang piramid. Jemu pula cerita tentang Firaun ni. Jom kita tengok jap tempat shopping nie.

Gambar nie diambil di 'The egyptian perfume Palace'. Tempat beli Minyak wangi. sebelum nie saya ada cerita tentang minyak wangi nie, kalau lupa cuba tengok disini

 Fokus pada minyak wangi kat belakang tu. Memang banyak. Bila masuk je, mereka semua akan buat promosi. Bagi kita cium satu-satu bauan wangian kat situ sampai berpinarlah kepala dah bau macam-macam minyak wangi. Tempat nie dekat je dengan Piramid.


Next time kita sambung lagi kisah-kisah jejalan nie. semua maklumat yang saya dapat adalah dari penerangan daripada pemandu pelancong yang bawa kitaorang tuh. So, kalau ada salah, tolong-tolonglah betulkan.






2 ulasan:

  1. kin, ade bawak balik daging unta tak...hi2..

    BalasPadam
  2. tahi unta adalah huhuuu.xde lah. hati unta adalah utk org asma.ko nak jubah?xtau ko bekenan ke tak.nnti aku pos. bg alamat.

    BalasPadam