Jumaat, 8 Jun 2012

Sambal Jawa Laksamana

Nak kongsi resepi sambal Jawa turun temurun. Temurun ker?Pernah tak makan sambal masak macam nih.  Kalau ikutkan sambal jawa, ada lagi tambahan bahan-bahan. tak salah ada letak kentang sikit, lada kering semua tapi yang nie simple je.  Sebab tuh bagi nama lain sikit tambah Laksamana kat belakang sebab masak kat dapur Taman Laksamana (rumah ai lah tuh) heheheee.. Lauk saya masak petang semalam. Punyalah cun nak...
Asalnya saya belajar masak sambal nie dari mak mentua saya.  Dia bagi temurun punya resepi. Mana dia belajar tak tau lah hehee tapi sebab sedap, belajar lah kan...Jadi ini lah resepinye.


bahan-bahan.
5 bungkus tempe (dipotong)
segenggam ikan bilis
2 Biji bawang Besar( dihiris halus)
4 biji lada besar hijau(dihiris halus)
setengah cawan santan

Mula-mula goreng tempe dan  ikan bilis sampai garing. Semua secara berasingan lah. jangan masuk semua sekali nanti hangus pulak ikan bilis tuh nak tunggu tempe garing. Lepas tu masukkan semua bahan yang telah digoreng tadi dalam kuali bersama-sama bawang dan lada besar. Tunggu bawang kekuningan dan akhir sekali masuk santan. Jangan lupa garam secukup rasa. okeh, faham?..Senang je kan. Sekejap je dah jadi satu lauk untuk malam nih. Selamat mencuba. 


Selasa, 29 Mei 2012

Makanan Istimewa.




Nie saya masak petang ahad harituh..cewah, ada macam kat kedai tak? siap letak dalam pinggan macam dulang tuh lagi. Punyalah penat uli tepung pastu masuk dalam tempayan. Ayam tandori tuh pulak saya simpan 3 hari 2 malam tau. nak bagi sebati. Nak sedap kenalah perap lama-lama.  ko ade? Hahaaa...tetete, tolong jangan pecaya okeh. sebenarnya ni ai buat...kat kedai. erm, apalagi order sama itu kedai lah. Roti nan tandoori. gile kaw saya menipi.  Kepada yang pecaya tuh anda sememangnye lurus tanpa bengkang bengkok.sorry..tapi rasanye semua orang takkan pecaya tengok benda alah cegini saya masak kan. Ok,  First time makan makan roti nan ni. UncleBad cakap sedap tapi dia cakap sedap tuh kat kedai lainlah kan... saya pon order ikut cam dia.  Dan memang sedap. satu pinggan RM 7.  Kedai ni kat segamat je.  Asal nye petang ahad tuh, pakwe saya nih nak makan satey muar. Maklumlah dah lama tak makan satey muo.  Hantar Haziq kat rumah mak dia, tuh yang tetiba dia nak makan satey.  Untuk 3 hari nih Haziq dok rumah mak dia. Berhari-hari pujuk kitaorang soh hantar muar pastu minggu depan dia cakap nak balik Palong pulak.( Rumah Mak saya). Wah! suke betul ko ye cuti sekolah. Jalan sana,jalan sini. Saya hantar dia pon tak lama haritu. dok kejap je dah terus UncleBad kuis-kuis kaki nak balik cepat. Tak sempat nak kepoh-kepoh. Biasalah kan jurujual sekarang kena jadi peramah hahaaa...jadi bila orang dah cuit-cuit tuh pahamlah kan haaaa apelagi soh tutup cerita lah kan. Jalan dengan Pakwe nie memang tepati masa. baguslah kan cepat sikit sampai rumah. Baik punya  cover laki. Pastu tak jejalan pon kat Muar..dia dah sibuk nak cari satay pastuh sampailah Segamat, tak jumpa.  Kalau jumpa pon, kedai tutup dah petang kan, kedai pon dah tutup pintu. Lepas tuh dah sampai Segamat semua kedai pon tutup. lastly terjumpa kedai nih. Waris Corner Station. Boleh jelah layan.  Tu yang makan roti nan nie.  Kat kedai nih macam-macam ade. Western food pun ada. Tapi yang special kat sini adalah makanan arablah kan.  Ada nasi goreng arab, roti nan pon ada macam-macam perasa. Pastuh ade nasi beriyani arab dan beberapa makanan masakan kampung. ha, makan sesedap rasa sampai malam kenyang. Bagus macam nih. Kurang makan malam. heheee...