Khamis, 19 April 2012

Hari Jadi Aja 2012

ehem...macam tak datang idea pulak..tapi nak update blog.  Sebab esok pasti tak sempat nye.  Ini pon cecurik masa sikit. Nak cerita pasal hari jadik lah. Hari jadi adik ipar saya, Aja. Beday dia sebenarnya dua hari lepas tapi hari nie baru nak upload gambar bagai..semalam penat. Dari pagi dok kat site. Muhahaaaa gile poyo akuk.
Malam belanja Aja makan Pizza Hut..teragak juga nak pegi Domino Pizza tapi tetiba teringat pulak kat Pizza Hut sekarang hari-hari ada free makan untuk kanak-kanak bawah 8 tahun. hahaaa gile jimat.

Haziq nih memang lelebih selalu dalam majlis orang...

Tengok...lebih-lebih nampak..owh, untuk makluman, malam tuh ambil gambar pakai kamera telefon jerk. sebab nye kamera rosak. Tak tau kenapalah lense dia tak bleh keluar.  Duit lagik jawabnye...

Okeh asik muka dia jerk...


air yang Aja order...Cappucino Frappe 

Okeh, abaikan background budak tutup muka tu...inilah hidangan percuma untuk kanak-kanak.  ada beberapa meal untuk kanak-kanak.  Ada enam set meal untuk peilihan. Ada macam-macam set kat sini  Haziq pilih set Kids Bolgnaise. Dalam set tuh ada spagetti dan air soya. Dia kan suka mee. air coke sebelah tu abaikan juga. itu set lain. 

Pepperoni Delight

Super Supreme

Assam Boi Fizz


kek secret recipe, indulgence..ade lebey lagi dalam peti ais hahaaa punya lah besau. tak habis.

Nie masa petang sebelum pegi makan Pizza malam tu. Upacara Potong kek.

Haziq dah macam hari jadi dia pulak.sibok nak potong kek.  Bile tengok gambar semua, baru perasan gambar saya dan UncleBad tak de.  Rasanya malam tuh ada gambar kitaorang pastuh bile selidik-selidik, Haziq kata dia dah terdelete gamabr tuh masa tengah sibok-sibok dia main handset..haaaa frust..

Okeh apepon terimakasih pada penaja utama kakak ipar saya yang tak dapat nak celebrate sama.  So, semua makan-makan tuh dia yang seponser..heheee beriya-iya cerita ek tapi oarang lain yang bayar hehee. TQ Kak Long.




Isnin, 16 April 2012

Bersantai

Memula nak cerita sikit pasal malam tadi pegi tengok wayang.  Tetiba teruja plak nak cerita.  Sebab cerita penuh suspen Batttleship. Best gile. Pegik tengok okey.  Tak kan menyesal. Okeh, sabtu , ahad saya tak kemana pon. ada di sekitar Segamat je. Petang jumaat, Family saya datang.  Kali nih Adik saya yang dok jauh di Perak balik, so suka sikitlah Haziq.  Sebab ada sepupu dia kan...Dah lama tak jumpa, dah besar si Aqila ni.  Dah pandai jalan dan dan pandai pukul-pukul orang ( huwaaa sakit).  Malam tuh pulak, pegi jejalan kat pasar karat segamat.. saje nak buat jakon-jakon tengok ular, arnab dan beberapa binatang yang jarang-jarang nak pegang nih..Yang paling kepoh Haziq lah.  sibuk tunjuk ular, kepoh-kepoh suruh atok dia pegang tapi dia penakot..bila aqila pegang ular, dia dah jerit-jerit takut tapi dia tak pegang pon..kecoh je lebey.
Esoknye, pegi jalan-jalan kat KipMart segamat pula.  adik saya nie sibuk nak beli baranglah bagai.  Okey, tak pe kita jejalan jom...jom..jom..

Tengok mak ko, mentang-mentang anak rambut tak banyak, senag je sikat pakai tangan tapi memang pon payah sebab tengok si Qilla nie dah tak sesabau benar nak gie jalan..
Tengok pakai kasut pon dah nak marah-marah sebab lambat.
Pose dengan abang Haziq yang hover.

Nie pose menarik dengan ahkak pulak hhee..tapi Aqilla dah tak nampak muka pulak

Baiklah ambik dari sudut tepi pulak..nampaknye Haziq yang lebih-lebih tayang gigi.. Aqilla pulak sibuk pandang orang nyanyi atas pentas pulak..dan saya pulak dah kenapa? mata juling..
okeh macam ibu-ibu mitsali jaga anak baik-baik. sambil tengok-tengok jangan sampai jatuh.
Beriya-iya dak Haziq nie..siap senyum senget bagai.
Gambar dengan mak saya pula..
Haziq dan Mak Uda. Ceh,ceh buat muka dah bosan. taknak pandang kamera konon.
Ini pula gambar kat rumah. semalam petang sebelum semua orang balik.
Baru nampak muka Haziq.
Masa nih semua orang dah ngantok..semua dah pejam-pejam mata..Haziq pon dah malas..ha sesi bergambar habis dengan linangan air mata Haziq sebab nak ikut orang balik.  Sian. Dah keseorangan semula dia.