Isnin, 31 Januari 2011

HUJAN DAN BANJIR

Ketika saya sedang menulis nih, hujan sudah berhenti. Sejak lima hari bertrut-turut hujan turun tanpa henti membuatkan siang saya seperti malam yang dingin..berselubung dengan selimut siang dan malam. Bila lapar makan...benar-benar membuatkan hujung minggu saya pada kali ini membosankan sebab tak bleh keluar rumah cuma yang boleh adalah membesarkan badan. Paling haru bila baju semua tak kering sebab tak de cahaya matahari yang keluar.
Bile dah lima hari hujan, air pun sudah mula melimpahkan ruah nye..betul ke ayat nih ? Dah lah senang cerita dah banjir. Bandar Muar masih lagi Brenafas...Alhamdulillah cuma kampung-kampung sekitar Pagoh dah banjir. Kat bandar kelahiran saya, Segamat, bandar dah habis. Mengikut berita bapa mentua saya, air semua dah melimpah atas jambatan. Daerah Ledang pula, banyak kampung-kampung dah tenggelam. Banjir nih sama seperti banjir besar 2006. Dan bila sudah banjir, saya dah mula risau-risau sebab bakal dipanggil bertugas dibilik gerakan. alamak...ayah Haziq pula dari malam tadi dah start jaga bilik gerakan dan pusat pemindahan banjir.
Apepun diharap musibah kali ini cepatlah berlalu. Gambar tak de. Nanti kalau ada gambar yang cun-cun saya tayang kat sini okey.  Sekian saja laporan banjir saya ( dah macam wartawan pula).




Jumaat, 28 Januari 2011

TUA, MATA SUDAH BERKEDUT JANGGUT JE BELUM TUMBUH...

Janggut sape pulak yang belum tumbuh nih??saya ke???no, no, no...saya tak ada janggut sebab saya perempuan original. Ayah Haziq ada lah janggut huhuuuu...Letih sungguh baca mukadimah bodoh nih.Saya cuma nak bagi tau..24 hb januari hari tuh saya sudah bertambah usia. Haaa....bile nak jadi muda balik?? heheee ayat nak kena penampar. Disebabkan dah tua...tak de hadiah pun cuma budak dua orang nih jerk....

bagi saya nih

cheese tat


cantik dan sedap..nih dah boley buat kuih raya..
thank u ye korang. tahun depan bagi kek pula ye hehee....
Dan terima kasih kepada kawan-kawan yang bagi wish samaada kat FB ke atau kat handphone ke tq ye kerana mengingati tarikh lahir gegirl tua nih.