Sabtu, 27 November 2010

Pernah tak bila tengah nak online, tetiba rasa macam nak muntah dan pening kepala?oh, saya rasa begitu dikala ini. Kenapa pula dengan aku nih kan. Mungkin ini salah satu penyakit malas atau slah satu pembawa budak. ha..salahkan pembawakan pula..tapi,tapi,tapi dulu masa mengandung anak ke dua saya pernah rasa pening dan benci dengan beberapa buah lagu..sampai kalau keluar kat radia tu, terus tutup radio. peliklah aku nih kan..nak buat cam mana, dah cegitu jadinya.
Hari nih, tak nak cerita ape. just nak cerita tentang gambar-gambar saya yang telah diprint oleh Photobook.
Ini kali kedua saya membuat tempahan melalui photobook. saya berpuashati dengan order nih. Balik terus simpan tak payah nak susun gambar lagi macam dulu..

Bungkusan dari photobook.


Muka hadapan album saya..hitam putih lagi.


Antara gambar-gambar dalam koleksi nih.

Ok kalau berminat, orderlah kat sini yek. nanti dia akan bagi software terlebih dahulu sebelum korang download gambar.


Saya masih lagi belum berkesempatan untuk berkongsi cerita tentang lawatan ke Sabah hari tuh. Tengah malas sekarang nih. Kerja kat rumah nih macam tak siap-siap pula. Kan best kalau ada bibik. Bibik tolong lipat kain baju nih, bik, tolong mandikan Haziq. Bersih-bersih tau. Bibik tong panaskan air, saya nak buat untuk tuan. Tuan? baik jerk ayat untuk ayah Haziq ye...sudah lah hentikanlah. Tiga sebab saya tak boley ada bibik
1. Rumah bukan besar pon, nak pakai bibik.
2. Tak de bilik untuk bibik..(ye, lah kan rumah Tak besar ) heheheee
3. saya akan bertambah gemok. Hahaa..tau tak pe kan. 
 

Ahad, 21 November 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU

.
Semalam saya telah ke majlis rakan baik saya Norazlin Kamaruddin atau saya selalu panggil dia Kak Lin. Dia telah selamat diijabkabulkan pada pagi semalam iaitu 20 november 2010. Tahniah ye. Dah jadi isteri orang dah sekarang. Kak lin ni antara kawan yang rapat dengan saya semenjak saya bekera kat Muar nih. Lepas nih dah jadi orang Key El lah dia sebab ikut suami. Mesti sedih kan..Masa majlis tuh, saya datang lewat ambil gmbar pun sekeping jerk. Datang majlis pun berdua jek dengan husband sebab Haziq sekarang nih kan kat kg. Suka gile mamat tuh dok kat kg. Sampai tak nak balik. Biasalah anak aku tuh, kat kg nenek rajin melayan. Kalau kat sini, asyik kena marah dengan mak ko yang kuat membebel je kan..tak pe,tak pe, main puas-puas cuti sekolah nih ye. Tahun depan siap lah ko..alamak macam kaki dera pula aku nih.



























































































Pelamin pun cantik tapi,masa nak ambik ramai sangat nampak orang kat dalam jadi tak dapatlah nak tunjuk kat sini. apepun selamat pengantin baru yek Kak lin. Semoga berkekalan sehingga keakhir hayat.