Selasa, 2 Julai 2013

Majlis My sista


rembau most wanted yo...haa..w.a.r.i.s lah pulak. tetibo nak nyanyi lagu minang pulak. Asalnye nak cerita pasal rombongan meminang tapi tetiba keluar pulak lagu ala-ala minang mix salleh nih.. macam mane?boleh? 9/6/13 yang lepas telah berlangsungnye majlis pertunangan adik saya. Pergh, giler skema ayat saya. okey tak macam tu?? wah banyak betul soklan hari ye. Mak Uda the Haziq's nie bertunang dengan orang senegeri jugok lerr..dapat orang JB.  Nama bakal pak cik baru Haziq nie Hanafi tapi nama glamour hafiz..Macam pelik je sebab ape tau hari tu masa saya bersalin kat JB, Haziq kan tido rumah mak uda dia ni. Pastu mak uda dia ni bawa dia gie makan jumpa lah dengan abang Hafiz. Dia cerita dengan saya sebut nama hafiz tapi alik2 bila nak tunang hari tu dia suruh wani(adik bongsu) tempah kek letak name haanafi. aik, pelik benor. Kawin dengan orang lain ke pe tapi bila tanya balik confirm orang sama, nama lain. Wah kaya nama nampak hahaaa. Okeh lah nak cerita banyak tapi kesuntukkan masa...uweks, macam sibuk sangat lah ye.
Gambar banyak sangat tapi yang frust tu saya dah siap save dalam pendrive tapi boleh pulak ahkak lupa letak kat mana USB tu. adoiyai..untuk kali ini mungkin ade beberapa keping je yang mampu saya tayang.yang lain tunggu lah...ade masa ke???
masa nie Hafikh tengah sibuk nak susu. so, masa nie saya tak de lah.nie semua adik-adik dan my parents. 


ini gambar denga tuan tanah punya gambar merangkap cameragirl. Nasib gak dia ade bawa kamera masa nie..harapkan kitaorang tak sempatlah.dan nasiblah tak kena bayar. Many thank you xerra yerk . Ini sepupu saya dan merangkap sepupu dia nih. dua orang nie memang best friends sejak dari kecik lagi. Pernah time raya dulu, diaorag bedua nie pakat nyorok sebab malas nak basuh pinggan mangkuk yang banyak kat rumah atok.. hahaa  tak pe itu zaman kanak-kanak..sekarang dah remaja akhir zaman. Rajin sudah semua erm..baik okeh ayat ahkak bagi.

Ini puleks gambar si montel Hafikh dan Irsyad.  Umur sebaya cuma Irsyad tua sebulan dari Hafikh. Comel kan dua-dua botak.. Irsyad adalah anak buah tuan gambar tadi dan merangkap anak akak dia. dan akak dia tu yang tengah pegang baby tu juga merangkap sepupu saya. ai is ramai sepupu okeh.  Ni baru sedikit anatara yang rapat dan teman gaduh masa kecik.  jarang saya bercerita pasal sepupu sepapat kat sini. Bukan ape, lepas kawen nie banyak majlis family saya tak join. sombong kan saya??/ahaks..sebenarnye banyak moment zaman kanak-kanak, remaja bersama sedara mara nie yang saya rindui..kami rapat cuma waktu yang merubah segalanya..hai salah kan waktu leh pulek..

Ini antara hantaran yang sempat dan yang ade teringgal dalam my handphone.

Hantaran dari kami ops pihak perempuan.

Okeh nie nak bagi tau..saya yang buat k. Tak pernah buat hantaran dan ini percubaab pertama untuk sirih junjung..kelas ko mariaaa!!!


Dan bergambar bersama killa. Ini anak angah (adik saya). dah besar budak nie tau. loya buruk pon kuat.  Garang pon sangat-sangat. Dah lama tak jumpa orang Perak nih. Balik-balik dah pandai buat gangnam style. gwiyomi dia tak suka. Dia Nie tak gegiril sangat. selalu gaduh dengan Haziq. apapon Raya nie jumpa lagi InsyaAllah. 






Isnin, 3 Jun 2013

Hafikh 3 bulan Dan Ibu


Dah dua minggu saya masuk kerja. Sekejap jerk. Hafikh dah masuk tiga bulan. Setakat nie, belum ade perubahan yang ketara dari Hafikh. Saya mengharapkan, dia cepat meniarap...hahaa..gile over mak ko. Semua nak cepat. Hari tuh gie klinik, dah ambik cucuk kali ketiga.  Dos ape entah tak ingat tapi dah tiga kali lah cucuk huhuuu..Bulan depan nurse cakap datang tak payah cucuk lagi cuma timbang berat badan je. Untuk cucuk kali nie, Alhamdullillah Hafikh tak demam. Nurse siap suruh bagi ubat lepas kena cucuk tu. Takut demam. Saya pun balik cepat-cepat bagi ubat tapi sikit je yang masuk mulut. Yang lain habis basah kat baju. Pandai pulak tu, tau kita bagi dia ubat. Masa tu saya pun redha jelah. Nasiblah tak demam. Terror jugalah Hafikh ye..hahaa. Ok jom kita tengok ape yang Hafikh dah pandai diusia 3 bulan..jom,jom..dah macam kepoh pulak.

  • Pertama-tamanya semakin suka senyum-senyum dan semakin pandai ketawa kuat terutama bila orang acah dia..lagilah.
  • Dah pandai kenal orang exspecially sayalah kan ibu dia.  Nampak muka mak dia nie, terus minta angkat. kaki tangan semua bergerak-gerak.
  • Leher dah semakin tegak dengan stabil.  Makin keras jerk saya tengok.
  • Suka buat buih-buih kat mulut.
  • Suka dan toleh bila orang panggil nama dia. Masa nie bagai kan digeletek-geletek dia ketawa.
  • suka menghisap tangan...

Tengok gambar-gambar nie betapa seronok, serius dan kiut nye muka-muka Hafikh. hahaa puji sendiri pulak kan. Biasalah semua ibu akan rasa anak dia comel. Betul?? comel macam ibu dia eh bukan, comel macam kak Ton. 
ok nak saya pula selepas tiga bulan bersalin, adakah sudah slim? erm, tak juga. Berat pun turun sikit je. Macam mana nak kurus ni. Tapi yang pasti banyak kerja di pejabat yang menanti. Hari-hari pergi keje pon tak sabar nak balik. Nak cium Hafikh. Best kan dah ade baby hahaa..ngada-ngada pulak kat sini. ok lah bye.

gambar mak dengan ring sling. bawa gendonglah sekarang.