Selasa, 5 Oktober 2010

LAGI-LAGI RAYA

Perasan tak, saya selalu menulis tentang cerita yang dah basi.. bila dah basi mestilah dah tak best kan. sama macam makanan bila dah basi, orang buang sahaja. Tapi saya tak nak buang. Nak simpan je dalam peti ais sampai bila-bila..boley? kenapa pagi-pagi dah cerita tentang basi nih.. sebab tak de idea lah jadi macam nie. Ape pun saya nak juga tulis tentang cerita yang dah basi nei heheee...tak sedap pun tak pe, janji dapat tulis.

Cerita yang basi nie atau pun cerita yang terlewat nie adalah cerita hujung minggu saya yang lepas. Semalam tak sempat nak kepoh-kepoh kat sini sebab tu postpone hari nie. Hari yang saya rasa betul-betul bahagia..sebab ape? sebab hari nie dok pejabat sampai petang jadi bolehlah menggoreng cerita hari nie. Goreng sampai hangus. Bila dah hangus dan dah rentung hitam barulah boleh buang wawawa...Jom lah layan cerita minah poyo nih..cerita tentang raya yang tak habis lagi. Cerita tentang memenuhi jemputan rumah terbuka..

Sabtu yang hening 2.10.2010
Rumah pertama yang kami redah ops bukan redah tapi dijemput adalah Kompleks Penghulu Sagil. Wah! beraya rumah penghulu nampak..ape nak buat, dijemput kerna penghulu nie satu pejabat dengan suami saya. Menu ketupat, rendang, kuah lodeh, kuih2 raya dan tapai. DIsamping tuh ada juga mee dan kue tiaw goreng yang digoreng apabila ada permintaan. ala-ala pasar malam tapi tak kena bayar...ambik dan order jerk..Itu lah makanan kegemaran Haziq. Habis satu pinggan dia makan. Bagus-bagus.

Kemudian terus pergi ke Rumah ketua kampung Sagil..Wah,wah dah macam Y.B pula yerk melawat rumah pelosok kampung hehee...suami saya lah..orang dah jemput kan. Kerja pejabat Daerah macam suami saya nie memang lah macam tuh..kalau saya sure dah tak terlayan..sebab ape? sebab saya adalah pemalas. hehee..pemalas yang degil boley tak? boley, boley blah.
Menu nasi minyak, rendang, bubur cacar dan otak-otak.

Rumah yang ke3 pula adalah rumah Kontraktor. Haji Rahim. makanan okey juga tapi sebab dah tak larat nak makan, saya makan mee goreng jerk. Masa nie pun Haziq dah mula membebel cakap dah penat tapi berubah menjadi ceria bila dapat aiskrim. Pandai juga yerk, diaorang nie ambik hati budak.

kemudian terus ke Gersik. Rumah penghulu Sahak. Haziq dah tido. Tapi kitaorang still pegi makan-makan. Haziq tido dalam kereta. Kitaorang parking dekat dengan tempat makan jadi nampaklah Haziq dari dalam kereta. Cermin kereta pun buka sikit walaupun aircond terbuka supaya ada angin masuk bersama oksigen. Menu ketupat dan lauk-pauk dan minum cendol. Okey..kenyang dah.

Lepas tu gerak pula ke Kompleks penghulu kundang ulu..hhhuhuhuhu..banyak betul rumah penghulu yang kitaorang lawati. Apa pun, misi mesti harus dihabiskan. Orang dah jemput mesti kena pegi kan??nie ayat orang tengah rajin.. bila sampai kompleks penghulu nie, Haziq still lagi tido. Jadi hanya suami saya pergi sorang.ohhhh..sedih nye sebab tak dapat makan hehee...

Haziq pula tido dalam keadaan bengang. Ibu dengan apaknya tak reti-reti nak balik. sorrylah Haziq. Gambar tak de dlam entry nie, tak sempat nak snap sebab satu rumah kena dok dalam 15 jerk. Boleyy plak laki aku buat peraturan macam tu. Dah macam itik tercekek gamak nye aku makan. Pergh, penderaan mental betul. 






Sabtu, 2 Oktober 2010

HAZIQ DAN UNIFORM

Anak sapa lah ni?? terpampang kat atas nie. Dengan muka masam. Nak marah ke ape.ada sesape kenal tak? atau ada sape-sape yang tak kenal? Apa motif letak gambar budak nie kat sini ? motif nye..sebab mengada-ngada. sape yang ngada-ngada? sayalah ye. sape lagi. mak budak kat atas tu sayalah ye. Hari nie saje nak promote gambar dia bagi glamour sikit. Budak bernama Haziq nie sekarang dah besar. tak sangka dah sekolah. Tahun depan pon dah nak masuk lima tahun. Bermakna sudah dua tahun Haziq bersekolah. Setakat nie masih lagi belum pandai baca dan mengaji. Banyak main ini budak.
 Ini ketika balik dari sekolah. satu hari belanja RM 1. Tengok,budak sekarang punyalah mewah. saya kecil-kecil pun tak dapat macam nie. Tapi nak buat macam mane. Beli hotdog/nugget saje dah RM 1. Belum lagi air satu kotak RM 1 juga. Bengkok meliuk-liuk lah mak ko nie. Nasib bapak baik.puji skit. nanti hari-hari dapat duit hehehe Bagi duit hari-hari dapatlah budak kecil nie beli bagai semua. Cuma sekarang nie dia dah malas bawa duit..haaa bagus. Katanya tak nak kawan minta duit kat dia...katanyalah. aPa-apapun  boleh berjimat. Itu dalam plastik tu adalah aiskrim Malaysia. tau tak aiskrim Malaysia? yang aiskrim yangikat bunjut kat atas tuh. ada perasa sirap, sarsi,  teh...(ada ke?)...Seringgit, dapat tiga batang. Syok tu. Dah lama tak jumpa aiskrim nie. Kalau dulu, masa saya kecil-kecil sebatang dua puluh sen je. sekarang dah naik tiga puluh sen lah sebatang.. Kira oklah tu. Naik, jangan tak naik. Lama-lama semua menaik melambung. Adush.
 naik kereta..slow-slow ok. kang tertinggal plak punggong kat belakang tuh.

        Dan tutup pintu. "Baik-baik,nanti tersepit plak tangan tu. Malas aku nak layan ko menangis". Itulah ibu ye...membebel tak siap-siap. selamat....selamat jalan pulang ke rumah.
nie dengan uniform sekolah yang hanya dipakai setiap hari Khamis. Setiap khamis ada senaman di sekolah. so, kenalah pakai t-shirt. nanti nak main baling-baling bola susah pula.Tapi apesal budak nie makan KFC??sebab tetiba balik dari sekolah dia cakap lapar dan nak makan KFC. Boley pula cakap kat sekolah tak makan. Kesian pula, jom lah makan. 

senyum kambing. Puas hati dapat makan sedap kan. Sekarang Haziq sudah semakin kuat makan. tak macam dulu susahnye nak makan. Tengok pipi dia dah tembam. Bagus satu peembangan yang baik okey. Tak lah bosan tengok timbang tuh asyik dok kat situ je berat. Tapi kalau aku yang naik, dah rasa macam penimpang tu penipu..wawawa...