Sabtu, 4 September 2010

SHOPPING RAYA, RAYA,RAYA.

Yehaaaa.....dah lama gila tak update dan berkesempatan untuk gedik santai dalam blog nie. sibuk sikit sambil-sambil tu buat-buat sibuk. Ok nak start gedik jap..disebabkan dah lama tak update nie, banyaklah cerita yang dah basi tapi masih boleh makan hehee sakit perut tak tau...nak juga gedik, cerita nye bermula seprti ini...malam yang sepi,pi,pi..pak mat jual roti, ti,ti, rotinya enak, nak,nak...nak kena sepak?ni lagu baru Haziq selalu nyanyi kat rumah. Entah sape ajar dia ntah kat sekolah tu pun..tak tau lah. Balik-balik je dah melalak-lalak lagu ni sampai nak tidur ade ke nye pening..
Hujung minggu yang lepas, yang lepas tau bukan hari nie, tadi atau esok...tapi seminggu yang lepas haaa,berapa lama saya perap cerita nie. macam-macam ramuan dah campur..Minggu lepas, kitaorang gi shopping, ping, ping..kat mane? kat dataran Pahlawan Melaka je. oklah tu kan janji dapat shopping. jalan-jalan cari kasut raya Haziq. penat ooo jalan. macam nak pecah lutut

tengok..kan dah nak patah lutut tu. tak larat nak jalan dah..rasa macam nak beli semua barang-barang yang tengah sale nie. nasiblah saya bukan anak jutawan..kalau tak kompem esok bapak ko bankrap hehee..

Yang nie tengah excited sebab dah dapat kasut baru..jom balik..

setelah penat berjalan..berhenti rehat dulu. sedap..lazat, memang menjilat jari makan kat A & W. Rasa macam nak nagis sebab ah lapar sangat.haaaa, itu Haziq lah. dia kan tak puasa. Ayah dan ibu puasa ok.

banyak songeh, macam-macam, buat orang kecur je tengok dia makan.

Dapatlah segala yang dihajati. Kasut Haziq dan kasut saya sendiri tapi kasut si ayah?hahaa kasut dia banyak lagi yang cantik-cantik..amboi queen control ke? tak lah..dia yang taknak..yang kat atas tu plastik beg kasut Haziq.

beli kasut Haziq dapat Hadiah. beg tangan.

dan dapatlah tiga bungkus sampul duit dan sekotak rokok. amboi baguslah tu kang tak pasal kena saman dengan pak ihsan. Bukan itu korang rasa ape? macam kotak rokok kan..itu adalah kurma. Baik sungguh Pak Ikhsan ni. Bagi kurma lagi..tak baik tau tuduh-tuduh cakap bagi rokok pula. kan puasa nie heee . Thank you ye Al Ikhsan sebab sudi bagi hadiah yang tak seberapa nie...jadilah.

ni mak cik menang motor hehee,sempat lagi ibu nak posing..ye Haziq.

ah,,leganya. setelah kepenatan..tertidurlah Haziq nie dengan bantal busuknye kuakuakua.






Rabu, 1 September 2010

SIBUK... RAYA

Sibuk ke? sibuk betul nak raya ni kan. Semua nak. itu nak ini nak yang lain semua nak..ade ke yang tak nak ? sebelum akak membebel, nak ucapkanlah selamat menyambut hari kemerdekaan  semalam. Hargailah kemerdekaan yang telah kita capai nie. Ini tempat lahir kita.disini kita dibesarkan..disini kita menjadi seperti apa yang kita jadi sekarang. Lewat dah kan nak berucap panjang.. dah nak masuk 2hb pun. Nak buat macam mane...sibuk heheee.tak sempat nak update blog. mana nak jahit baju, nak jahit langsir, nak jahit kusyen, nak jahit tilam alamak!ada ke? heheee..semua nak, nak,dan nak..tengok ayat, rajin gile ye saya sekarang maklumlah anak dah berderet-deret ni..eceh..tak de lah wei, mengarut je lah tu. Tak sempat nak buat semua tu lah.Lagipun tak pandai pun nak menjahit bagai nie. tau nak pakai je. Kalau lah tau menjahit nie semua, jimat duit uncle Bakhtiar..lak, tak memasal kaitkan laki aku.
Cerita tentang sibuk nie, bukan saya aje yang sibuk, orang lain pun semua sibuk. ada yang nak siapkan tempahan, nak siapkan rumah dan macam-macam lagilah.. Kat Muar nie pun sibuk. semua orang nak membeli belah. Sana jem, sini jem..depan tu pula mentega???mungkin sebab saya nie berjiwa kampung sebab tu lah jem sikit je macam nak pecah kepala dibuatnya.tension bagai.. Rasa macam nak angkat je kereta terus letak parking depan rumah..boley gitu??/boley sangat..nah, boleh blah ;-)
Disebabkan semua sale, semua nak beli. Hari ni plak, sape yang keje gomen tu dah boleh shopping. Bonus dah dapat. Saya tak termasuk ok..sebab saya dibawah state..Johor tak bayar bonus aku lagi. Tensi mak... tapi tak pe, lambat sikit duit habis. Untung-untung lepas raya, saya masih kaya lagi.hehee.. tapi yang tak tahan bulan-bulan nak raya nie, insuran kereta plak mati..perg, rasa macam nak jual je kereta nie balik...padan muka kan..dua tahun lepas nak sangat pakai kereta baru time raya, siap marah-marah orang kedai kereta tu sebab dapat lambat...sekarang nah, ambik ko nak, time raya insurans kereta mati..
Cuba tengok gambar yang tak beapa nak clear ni, ni adalah salah satu aktiviti baru kat Muar nie. Ini pun sure lah membuatka jalan jem tapi tak pe sebab malam aje yang jem...

korang rasa nie tempat ape? saya pun tak tau nak panggil ape. ada orang cakap sisi walk..ade pula walk-walk dan lagi pula ada yang panggil, pasar malam..semua tu lebih kuranglah. ala-ala uptown lah kat sini..jejalan malam-malam. start 5ptg smpai 1.00 pagi..sorrylah ye gambar sekeping je. Suami saya tak bagi ambil lelebih. Dia pula yang segan tengok saya macam orang gile gambar. Ingat wartawan ke?hehe

jalan-jalan,akhirnya suami saya ajak masuk kedai nie...apemendalah, orang nak raya boleh pula nak beli jeans.. tak larat nak tengok.

tengok si Haziq nie main cak-cak pula dengan abang gambar tu.

 ambik jelah gambar kasut-kasut nie. saje nak bagi cuci mata..sebab dah tak de gambar. si baju merah tu tak tau diam.