Ahad, 8 Ogos 2010

BAWA DIRI KE PC FAIR

Disebabkan hari nie tiada apa nak buat, selepas breakfast, saya bawa Haziq ke PIKOM PC FaIR yang diadakan di Muar selama dua hari bermuala 7 dan berakhir 8 hb ogos. Hanya berdua dengan Haziq je sebab, ayah dia kena keje hari nie sempena kedatangan Kembara Mahkota Johor ke Daerah Ledang. Jadi kitaorang bawa diri ke pameran nie.kesiannye.

Seperti pameran sebelum ini, banyak barang2 komputer, handphone dan kamera yang murah-murah. Rasa macam banyak benda aksesori komputer yang nak beli tapi disebabkan kekurangan peruntukan, beli ape yang perlu je ye ke perlu hehee... sempat jugalah saya sebat dua barang nie

Mouse dengan harga RM 18. Saya suka mouse nie sebab comel sangat. macam handphone pun ade..


beg untuk laptop saya..semua merah. tetiba je tukar citarasa kaler ye hehee. Ini dengan harga RM 39.00

Dalam pada itu saya berhati-hati juga ketika memilih barang-barang nie. manalah tau ada barangan tiruan dan yang paling haru barang yang telah diguna pakai dan dijual dengan harga yang murah.wa,wa,wa..




Isnin, 2 Ogos 2010

JAMUAN JASAMU DIKENANG

Pada hari jumaat yang lalu bertempat di Kelab Golf Tanjung Emas telah diadakan majlis perpisahan untuk Encik Khairudin. Dia akan bertukar ke Pejabat JKR Daerah Ledang. en Khaiudin nie pelukis pelan kat bahagian Jalan. Kesian juga dengan En khairudin nie. Terpaksalah lepas nie dia berulang dari Muar Ke Ledang. Macam suami saya. Apapun kita mengharapkan yang terbaik dan semoga bertemu lagi buat En Khairudin nie. 

Sebelum majlis bermula, seperti  biasa sessi ambil gambar

Macam-macam aksi masa ambil gambar. Semua pun sporting. En sudin dgn Kak som paling sporting( mereka ni suami isteri).

Dilla dngan Norin tu memang jakon bila jumpa kamera hehe...siap tngkat dagu lagi..ingat nak masuk majalah Mangga ke.


Juadah yang menyelerakan. Lontong, satey, kuih popia, kuih seri muka dan rendang daging.

kata-kata akhir dari En Khairudin. semoga berjumpa lagi. Jasa dan budi baik En khairudin selalu dikenang.Semoga dapatlah mencurahkan bakti ditempat yang baru.

En. sudin tu..halau lalat ke..

sedikit cenderamata disampaikan oleh bos bahagian jalan.

Bergambar kenangan selepas majlis.