Khamis, 11 Februari 2010

PERSIAPAN MAJLIS PERKAHWINAN ANGAH


Erm, smlm sementara nak ambil haziq balik sekolah , sempatlah pegi beli kan Angah punya kain alas dulang hantaran. Minggu nie selain sibuk dengan persekolahan Haziq, aku sibuk juga mencari barang-barang yang Angah kirim untuk hantaran kahwin dia. Tak banyak pun barang yang dia kirim cuma aku tolong sikit-sikit mana yang mampu. Berikut sedikit maklumat perkahwinan Angah yang akan berlangsung :

Tarikh : 20 Febuari 2010
Tempat : Gemas, Negeri Sembilan
Nama Pasangan : Nik Rashidi
Persandingan     : 2 petang

Majlis ini adalah majlis perkahwinan kedua dalam keluarga aku. Yang pertama tak lain ,tak bukan adalah aku. Semoga majlis nie berjalan dengan sempurna. InsyAllah.
Alas dulang hantaran Angah

cenderahati untuk tetamu

Selasa, 9 Februari 2010

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN HAZIQ

Hari pertama persekolahan Haziq, memang mencabar.Setelah mendaftar pada bulan januari lalu, baru hari ini memulakan persekolahan. semuanya kerana aku menghabiskan tempoh berpantang di kampung. Hari pertama ni, pagi-pagi lagi aku dah kejut Haziq.Seperti yang dijangka, memang liat dia nak bangun. Menangis memang dah jadi rutin. Aku paksa juga dia untuk pakai baju sekolah. Kesian juga tengok dia mengantuk lagi tapi kena kuat kan hati. Yuran sekolah semua dah bayar. Nak tak nak terpaksa. Masalah bangun pagi ni memang dah dijangka. Hadapi jugalah. Selalu beriya-iya nak sekolah.Bila dah daftar dia buat perangai pula.

Akhirnya, pukul 8pagi baru tiba di sekolah. Semua student dah masuk. Bila dah sampai sekolah ni, memang dia 'excited'. Biasalah kan Haziq...Ngada-ngada lebih. Belum sampai kelas dah senyum-senyu m( tadi kan rumah susah nak bangun...dalam hatiku berkata ). Cikgu sambut dan rakan-rakan semua berkumpul dekat dia. Haziq pun muka dah cuak. Selalu dia hero, hari nie dia dah terdiam. Kesian juga aku tengok dia. aku hantar dan balik. Cikgu dia kata boleh 'handle' aku pun, blah lah. Janganlah anak aku nangis sudah.

Baru balik sekolah..Penat minum air.

Jemput Haziq pukul 11.30. Tengok dia ok je. Ketawa-ketawa. Dah ada geng lah tu. Tanya juga dengan cikgu dia, rupanya dia mengis juga tadi sekejap. Dah agak dah. Nampak tadi muka toya dia tadi. Apa-apa pun dah selesai satu hari. Harap-harap esok dia nak  ke sekolah lagi.
Hausnye ibu


Tepi sikit, nak masuk rumah nie


Penatye...sampai pun kat rumah.