Rabu, 15 Oktober 2014

Kegilaan Aidijuma

Lama tak berangan-berangan kat sini. Sejak-sejak ade laman sosial alternatif ni, saya semakin jauh dengan blog  .semakin jauh rasanya. Bila dah jauh rindu..semakin jauh, semakin rindu. Rindu yang tak terbendung.. eh, dah kenapa ko... Tapi tu lah, bila dah rindu tangan tak tercapai..sebab tu rindu semakin menebal. Tebal sangat.macam kamus dewi bahasa kat perpustakaan tu.. kat perpustakaan okeh..nampak tak kat situ?? Nampak?? Nampak tak? Nampak sangat kat rumah tak de kamus..hohoho..
Bila dah lama tak bertamu ni..banyak sangat cerita tau..dan banyak sangat kecenderungan yang baru. Hari ni cuma nak kongsi satu je dulu kegilaan baru.
Saya tak tahu sejak bila saya jatuh cinta dengan AJ ni.. tau-tau dah banyak pulak koleksi tudung-tudung bawal aidijuma ni. Pantang ada keluar baru..semua nak beli..huhuu..lama-lama kalau macam ni, makan nasi ulam tudunglah bila tiba hujung bulan. Mati mak nak!!! Jom tengok sebahagian koleksi saya.

Ini koleksi aidiladha. Ade 8 corak yang keluar tapi lima je saya dapat kirim dan beli..huhuuu...kirim ok. Yang lain dah habis. Ade juga jual online tapi tak semua ade jual kat web. Dan biasa kat web harga up sikit berbanding beli masa launching..
Dari kiri purple flower, modern pink flower dan peach flower.dah macam nk promoted lah pulakk. 
Gambar perasan. Im wearing paris black label. Selalu tengok juma pakai cun je bila saya pakai..penuh satu kamera saya rasa muka. Besar sangat hahaa..

Green label . Ini kirim dengan kawan masa konvo kat UTHM hari tu. Biasa green label memang jual limited sikit. Sekarang pon pakai tudung bawal dah boleh pusing-pusing macam shawl. Kalau tengok owner datin nurjuma pon pakai macam-macam bentuk kan. So, boleh cuba dan belajar kat youtube dan kat fb pon ade group toturial tudung aidijuma. Macam-macam fesyen. Ikut kesempatan dan kreativiti masing-masing. Gituuuuu...
Poyo macam sibok hahaa. Ok semua pon dah tau aidijuma ade macam2 label. Black label,green label,white label. Biasa white label paling murah dalam rm10 gitu dan kebanyakkan white label ni design dia bunga2 penuh. 
Ini black label paris. Untuk black label biasanya corak-corak dihujung tudung dan warna campuran. So bolehlah pakai dengan baju kurung atau baju bercorak penuh.faham tak?biasakan baju kita kadang-kadang tu corak bunga-bungakan..si,boleh lah pakai tudung ala-ala gini..huhuu
Kiri aidijuma palestine dan kanan tu white label tapi tak ingat nama yang diberi huhuu kebiasaan nye saya beli online dan kirim dengan kawan-kawan je. Kat Segamat ni tak Consept Store Aidijuma. Kalau ade mesti syok dan semestinya lagi cepatlah gaji saya habis. 

Ok..last, belanja satu picture. Masa ni pakai aidijuma palestine. Comel tak hahaa..gambar baru-baru ni masa pergi sabah hari tu. Kan.. banyak cerita yang dah lama tak kongsi kan sini. Next time boleh cerita cuti ke Sabah pulak. Sekian..

2 ulasan:

  1. As salam..sya mncari os black label paris tu..kalau sis nk jual wassap sya bole? 0137263231

    BalasPadam
  2. de nk letgo aj x?bleh wassap sy sis 0105478421

    BalasPadam