Khamis, 16 Oktober 2014

Penyeri

Selamat bercuti. Cuti hujung minggu yang penuh dengan aktiviti. Biasalahkan mak-mak ni..hujung minggulah nak buat semua. Buat itu ini tengok jam dah pukul 5,6,7,8 dan seterusnyalah. Dah macam cikgu-cikgu pulak dok mengira satu-satu. Biasalah kot bila ada anak kecik kan. Semua pon kelam kelibut, huru-hara..huhuu..cerita macam anak dah 10. Saya sangat kagum pada ibu-ibu yang anak ramai dan bekerja. Sangat-sangat kagum. Mampu buat semua. Saya tak sekuat mereka. Membebel yang entah apa-apa ni. Dah macam hilang punca pon ade ni hahahaa..Dah,dah... Nak cerita pasal Hafikh lah. Hafikh dah 1 tahun 8 bulan. Kejap je kan.. macam-macam karenah dah sekarang. Masih lagi menyusu badan tapi dah campur dengan susu formula bila duduk taska. Hafikh berbeza sikit dengan Haziq. Berbeza dari segi tingkah laku. Mungkin sebab Hafikh dibesarkan di taska, jadi sikap dan tingkah laku berbeza dengan abang dia. Skema pulak ayat saya...sila lah baca dengan sopan santun..lemah gemalai..cettt..

Ini masa kat klinik. Masa buat check up.masa ni 1 tahun 6 bulan. Berapa banyak masa daĆ a nak tulis...
Hah, si kecik ni kuat makan sikit. Ni pagi-pagi dah makan donat. Setiap pagi sebelum hantar taska saya akan belikan kuih untuk dia. Kesian juga..walaupun taska ada sediakan makan, tapi saya bekalkan juga lah kuih. Anak dok kat taska ni senang sikit okeh..tak yah masak pagi. Dulu kat rumah orang buat kan bubur pagi-pagi sebelum hantar tapi tak lama lah. Bila dah umur 2 tahun dah tak hantar bekal lg. Sebab dah boleh makan sekali dengan lauk pengasuh..huhuu...bestkan..ape yang best pon tak tau lah.melalut je...
Semakin lasak. Tak tau duduk diam. Penat nak kejar tapi tak kurus-kurus ibu kawww....Hafikh pon sangat berani. Tak macam abang dia yang sikit penakut Hafikh ni selamba je dia. Pastu yang bagusnye, dia lebih berdikari. Mungkin dah terbiasa di taska, jadi bila kat rumah pon nampak dia sangat berdikari. Baju pon dia dah pandai nak buka sendiri walaupon setakat ni masih belum berjaya buka dengan sendirinya huhuu.. time makan paling best..bangun dan bawa pinggan ke sink. Bagus kan?? Sukalah mak yang malas-malas macam saya ni. Cepat besar okey, lagi banyak kerja boleh sub ni...

Satu kegemaran dia..tengok cerita kartun barney..tanpa bosan. Kat rumah ni dah berebut tv. Lama-lama tengok cd je lah 24 jam. Kadang tu macam tak sangka je Hafikh dah pandai menari,tepok-tepok tangan..lompat-lompat..kenapa?tak percaya???
Dataran segamat
Dia suka tengok lori haha..tapi yang tak best Hafikh ni tak suka pose..tak suka pandang kamera tak sporting sangat. Eksen okeh..rasa nak gigit-gigit je tangan dia..nak gigit-gigit pipi dia..mak ko memang patern lapor semua nak di gigit, nak dimakan.
Gambar tak berapa nak clear. Camera murah kot tak bleh nak terang sangat. Tak macam Haziq, tengok bawah lampu jurai macam ni pon nak ambik gambar. Tak kuasa.. Dia ingat filem bollywood ke ape nak guling-guling bawah lampu..hahaa... bagi lah can kan..sekarang zaman nak cerita pasal Haziq dah lepas sebab sekarang Haziq dah besar dah tak comel..eh..kecik hati ni kalau Haziq baca ni..next time leh cite Haziq pulak..
Nak ambik gambar susah gile.. ini pon kemain kuat ibu kena pegang bahu dia. Ouh, nasib tak terseliuh. Pesen mak ganas memang macam ni. Siap terbeliak-beliak biji mata ibu kaww..konon-konon nak bagi gambar cantik lah tapi hampeh jugak..senget-senget bahu Hafikh kena pegang dengan ibu. Nasib lah ko nak..
Eh..tetiba muncul plak gambar ni..ermm..nak komen ape..no komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan