Khamis, 5 April 2012

Tudung Bawal

Dah lama tau tak pakai tudung bawal.  Dulu tudung nih popular gitu.  Ada bawal no 1,2,3 lah, macam-macam gred lah jenis tudung bawal nih.  Kalau nak cantik skit, belilah tundung bawal no.2. tersangatlah kiut kalau pakai (perasan jerk). Zaman-zaman belajar dulu pakai tudung bawal nih sampaikan kalau dah terbangun tidur lambat, gosok tudung belah luar je.  Dalam tak gosok.  Tudung tu kan ada dua layer kan. Nak beli tudung bawal no.1, masa zaman belajar dulu, rasa tak mampu..memang tak mampu pon. mahal Biasa harga Rm 50 keatas.  Bila dah keje, upgred sikit, dah banyak duit kan, pergh gile bongkak.. biasalah setakat nak beli tudung bawal Rm 50 keatas kejam mata je tapi tak le sampai lebih dari seratus.  Sayang plak wei nak beli tudung semata..mewah betul. ai, tak mampu you. Bila dah keluar tudung-tudung 'malas'.  Pakai terus jalan je. Ingat lagi mula-mula dulu, tudung 'ekin' lah, tudung 'ariani' lah, semua tudung depan keras.  Tak payah gosok susah payah.  Terus lupa pesen tudung bawal nih..simpan terus stok-stok lama. Sian kan.  Tapi saya tak pernah buang atau sedekah kat orang sebab kebanyak kan tudung bawal saya lebih mahal dari tudung-tudung 'malas' tadi. Saya simpan tau. dijaga denga rapi gituk hahaaa...tengok sekarang dah datang balik trend tudung bawal..kan..dah boleh pakai balik.  Cuma sekarang saya tengok diaorang pakai dengan gaya yang lebih trendy. tapi saya masih lagi pakai macam zaman dulu-dulu sebab belum sempat lagik nak try-try trend baru.  Pagi tak sempat dek non...mana nak betul kan 'muncung' depan tudung tuh,  mana nak soh si Haziq bangun lagik.  Tak sempat okeh..

Gambar mak cik poyo possing depan cermin...masa nie Haziq kat kampung.  Cuti sekolah..hahaha..mak ko possing ngada-ngada dipagi hari.



Lagik satu possing ngada-ngada kat opis pulak.  Konon-konon sebok keje..terasa macam baik-baik je bila pakai tudung bawal ni tog...

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama5/4/12 3:12 PTG

    perghh...mahal tudung ibu haziq maklum le gaji besau...hehehe

    BalasPadam