Rabu, 14 Oktober 2009

TABAHKANLAH HATI INI.

Ya,Allah apakah ini satu ujian yg mampu ku tempuh.Sakitnya hanya kau sahaja yg tau. Suamiku sdiri pun tak akan dapat memahami apa yg ku rasai. Saat aku teruja utk menyusukan baby, teruja utk menerima kehadiaran org baru, teruja utk menantikan detik bahagia melihat haziq bermain bersama adiknya...semuanya aku rasa bagaikan mimpi bila doktor menyatakan aku tiada lg air ketumban di saat usia baby baru 26 minggu. Buah pinggang membengkak dimana baby tidak dapat kencing dgn sempurna.

Antara komplikasi yang diberitahu oleh doktor;
  1. Kemungkinan baby mati dlm kandungan (Ya, Allah jauhkanlah)
  2. Disebabkan tiada air, paru2 baby akan mengecut.
  3. peluang utk hidup tipis
Tak pernah aku terfikir begini sekali dugaan yang akan aku hadapi.  Walaupun begitu, aku tidak akan terus mengalah. Aku berdoa semoga keajaiban akan berlaku. Tabahkan hati ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan