Selasa, 18 Disember 2012

Shopping


Kejap je dah nak habis cuti sekolah kan. Rasa macam baru je start cuti. Bermula dengan Haziq sunat dan seterusnya hantar dia pegi kelas asas Jawi dan membaca Al- Quran, dah tinggal dua minggu je lagi buka sekolah. Tahun nie, Haziq dah masuk tahun satu bermakna, sudah bermulalah keseriusan saya dalam pembelajaran anak. Dulu bukan tak serius tapi masih lagi boleh malas-malas gitu..mak ko nie memang pemalas Haziq dan mula tahun nie, saya dah start cari tempat tusyen yang terdekat dan okey untuk Haziq.  Haziq memang perlu untuk kekelas tambahan. tapi bukan semua subjek lah mungkin saya boleh lebihkan pada subjek matematik dan Bahasa Inggeris atau Bahasa Inggeris dan sains...mane-mana yang saya rasa perlu lah. Yang lain tu rasanye saya masih terror lagi huhuuuu...macam 'good2 ' je saya nie.  Keperluan hantar kekelas tambahan nie saya rasa sebab Haziq nie banyak main . Kat rumah, nak kena paksa dan gaduh pusing satu rumah baru dia nak study. sungguh memeningkan. Dan satu yang saya perasan, dia suka study ade kawan. Mungkin itu lebih buat dia lebih relaks atau lebih memberi tumpuan sebab ada perasaan untuk berlumba. Dan saya pun dah mula risau takut tak boleh nak fokus, sebab bulan febuari saya dah ade baby.  Yes!! saya sudah tujuh bulan mengandung dan Alhamdulillah kandungan pada kali ini bayi saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Syukur sangat. Doakan yang baik-baik ye untuk saya dan baby.
Berbalik pada Haziq, saya dah mula beli baju sekolah untuk dia dan peralatan sekolah yang lain. Untuk permulaan, semua saya beli dua pasang. Baju, kasut, seluar, semua saya beli dua pasang.  Jika ada keperluan, lepas dah masuk sekolah, mungkin akan tambah lagi sepasang baju.  Maklumlah ahkak nie kadang-kadang, bila dah tersebuk dan kepenatan, baju sekolah pun tak sempat nak basuh hari-hari.  gitu lah kan...orang dah keje nie...hahaaa..itu satu alasan sebenarnye. Okeh, weekend hari tu gie Sogo...wah!!Sogo okeh..KL okeh..gile gigih saya panjat bas dan jalan sampai malam. Cari hotel dekat-dekat situ je sebab memang target nak shopping saja.  mula-mula plan nak naik keretapi. saje kan nak bawa Haziq naik keretapi. Dah lame tak naik keretapi tapi frust sangat sebab tiket dah habis. so, naik bas. Sampai kat TBS, terus naik LRT pegi ke Sogo. Pandai tak pandailah kitaorang tekan tiket kat mesin tu. pastu siap dah tersalah train..bile perasan tengok dah sampai Bukit Jalil..dah nak kemana pulak. Turun semula dan pusing naik train satu lagik...sengal tak sengal lah bahu bawa beg galas semua. Ape pun semua tu pengalaman.  Kali nie pegi pon berlima je dengan My hubby yang sporting kali nih, Haziq, Mak mentua dan Aja (adik ipar). Mak mentua ai, memang kaki shopping. Pusing-pusing satu Sogo memang dia redah je. Dan saya pula, memang gagah kan diri untuk berjalan. Tengah sale nie lah nak beli kan. duit je lah standby. lagi pun lagi dua bulan dah tak bleh jalan. Dah ade baby dan kalau nak gile shopping macam nie pon kena pikir dua, tiga kali sebab sian kat baby dan saya pon rasa tak terlarat nanti... ini pun tak sedar diri, jalan bawa badan pun sampai tak larat, bile malam dah sakit pinggang. kaki dah kebas tetiba rasa nak demam..nasiblah UncleBad tolong belikan panadol.  Malam, semua tido mati.
Mula-mula sampai, saya jalan sendiri dengan mak mentua. Haziq jalan dengan ayah dia..yahoo, seronok haahaa bila dah beli semua, baru perasan yang paling banyak shopping adalah Haziq. Punyalah baik hati ayah dia belanja semua. Beli baju tido, mainan tak tinggal semua mainan transformer. sejak dua menjak nie dia gile dengan transformer. Hari2 tengok CD tranformer. sampai nak pasang wallpaper kat bilik pon nak cari Transformer..tapi tak pasang pon. Kat segamat nie manalah wallpaper yang cecanggih macam tuh kan.  Setakat gambar bunga-bunga biasa tuh adelah. . Baju sekolah dan kasut pon dah siap beli. Habis satu part. cuma tinggal nak belikan baju sekolah agama. Tunggu bonuslah pulak kan. Banyak gak UncleBad keluar budget, gegel sey.. tapi terima kasih sangat-sangat sebab sporting bawa jalan-jalan, melayan kitaorang dan yang penting belanja kitaorang hahaa.. best kan. Sesekali melayan mak buyong nie. Tak pe kan... bukan selalu.  Balik, naik kereta pulak.  Bapa mentua saya datang keesokanya. Penuh ko satu bonet. Dah lepas nie dok diam-diam kat rumah. Kumpul balik duit penuhkan satu tempayan baru boleh jalan semula.

sampai je terus gie makan. masa nie tengah tunggu makanan sampai. possing dulu



Haziq dan Mak aja

Dah tak tau nak makan ape, UncleBad belikan saya nasi ayam penyet. boleh lah bedal je. Dah lapor sangat. 

Nie gambar dah penat berjalan. 


Tranformers


Lepas mandi

Gangnam Style..nie kat Mahkota Perade Melaka..ambik nak, Lepas KL singgah Melaka jap tuh.


masa balik singgah Melaka jap...jalan sangat. Ko mampu??haaaa ..nie gambar dah penat tak sabar nak pelok bantal.

apepon gambar yang lain-lain tak sempat nak take. punyalah seronok berjalan, terlupa nak ambik gambar.  Si UncleBad macam biasalah...tak sporting bab bergambar




Jumaat, 30 November 2012

Kisah Disebalik Kisah




Mesti pelik kan apesal minah nie tetiba masuk cerita upin & Ipin. Gile gedik ape sampai nak bagi orang tengok kisah ni. Padahal hari-hari boleh tengok kat astro ulang tayang cerita yang sama tiap-tipa hari. Senang cerita nak bagitaulah kan Haziq dah sunat. Dah elok dah pon. Dah lari bagai. Dia sunat 17.11.2012 hari tu. Hari sabtu. Sebenarnye, saya memang tak terfikir pun Haziq nak sunat awal.  Dia kan penakot. Umur pun baru 6 tahun tapi bile dia selalu cakap nak sunat, saya jadi risau. Boley ke??risau takut dia tak nak bile dah sampai klinik... Bila tanya kenapa nak sunat...ini jawapan dia " Kalau dah sunat, bile sembahyang kat masjid, Haziq boleh dok dekat ayah. Tak yah dok belakang lagi". Saya : "Ye,ke?". (muka mak siap kerut lagi). " Haziq :" Iyelah, Mail cakap, kan ayah?". Ayah : "ha'ah. Betul lah tuh ". Tau tak mail mane? Mail dalam cerita Upin & Ipin nie.. haahhh pengaruh sungguh.
Bile semua orang tanya tak sakit ke? relaks je dia jawab tak sakit. Macam kena gigit semut je. semua tu dia tengok dalam Upin & Ipin lah. Tu yang bersusah payah saya download cerita kat atas tuh. Budak-budak kan. memang terbaik betul cerita nie.
Mula-mula tertanya gak nak buat kenduri ke. tapi takut tak jadik. So keputusan yang kitaorang buat, tak yah buat kenduri bagai. kalau orang lain siap berarak, kompang bagai tapi kitaorang bawa je Haziq gie klinik. Kalau dia tak nak pun tak pe.Tak paksa sebab dia pun kecik lagi. Kalau dia ok je, pun bagus sebab dah settle satu masalah. Kalau dah sekolah sok lagi lah takut. Kawan-kawan semua dah cerita tentang kesakitan suant tu jadi, biarlah buat sekarang. sementara dia nak nie.
 Bila sampai kat klinik, saya tengok dia cool je. siap main PSP. Mak ko dah takut bagai. Siap tak nak masuk lagi. Ayah dia sorang je lah yang masuk.. tapi kat luar tetiba dengar Haziq jerit. pastu terus senyap. bila keluar dari bilik doktor, saya tengok ada sisa air mata dan muka dia pon monyok je. Sian pulak. Muka dah macam menyesal gile. tapi dia tak nangis pun masa tu, bile sampai rumah je, masa nak baringkan dia..masa tu lah dia meraung. alahai...sian....tapi sehari tu je lah dia lemah. tido je...nak bangun pun takut. nak makan pun baring. main PSP je. Masa tu lah keluar ayat " betullah Mail cakap, sakit sunat macam kena gigit harimau..Ipin tu cakap je tak sakit..yelah kartun kan bu". alahai, anak aku, pandainye ko nak myedapkan hati. Apapun saya bersyukur sangat semuanya dah selesai. dia pun dah sihat. Siap bangga lagi dah sunat sebab dia kata dah jadi orang besar.

ambik ko tidur tak ingat dunia...nie masa hari first sunat. Punya lah sakit. tidur. sian...masa nie memang sian sangat tengok dia. tu kain siap gantung okey. pakai tali. ayah dialah yang buat tu kan...ai, takde pengalaman.

nie hari kedua..tengok,tengok dah senyum-senyum kan...haaa..dah mula sihat lah tu tapi masih lagi takut-takut nak bangun.

hari ketiga, malam tu dah gie jalan cari games baru sebab dah bosan main PSP game yang sama je. dah banyak kali menang lah katanya. tapi tak boleh blah masuk supermarket pakai kain pelikat siap sorong masuk dalam troli...langgar pantang dah nie nasib tak bentan.


hari ke tiga (siang) dah boleh jalan depan rumah. makan roti lagi. masa nie dah bosan gila kot dok rumah. sampai cakap tak best lah sunat.......memang pon.

pastu hari yang keempat dah makan doyan...peace.

okeh ini masa kat Jusco Seremban...laaaa dah sampai seremban rupenye. 

hari yang kelima, saya paksa dia pakai seluar sebab mak ko  nak berjalan. disebabkan saya cuti seminggu, bosan sudah tak keluar rumah, hari yang kelima Haziq sunat dan kebetulan cuti Keputeraan Sultan Johor, UncleBad hantar saya balik rumah mak saya..so, Petang tu saya ajak adik yang kebetulan cuti (Acu) dan mak pegi jejalan dan sampailah kitaorang ke Seremban. Masa nie UncleBad tak de...dia biasalah kan time orang cuti pon kerja. Tu yang campak hantar kitaorang balik Palong. Tak tahan kot dengar saya berzikir kat telinga dia siang malam merungut dia tak cuti-cuti hahaaa...tak solehah betul.

Masa nie dah hari yang keberapa pun saya dah tak ingat. dan main helikopter kontrol. dengan Azril...cucu sebelah rumah mak saya. Nie memang kawan baik Haziq masa cuti sekolah.  Sebab dia pun masa cuti sekolah mak dan apak dia pos ke kampung..