Isnin, 5 Mac 2012

Menu Saya

Dah lama tak cerita bab masak.  dah lama gak tak mengomel pasal masak.  Masak tetap masak walaupun tak hari-hari tetap masakcuma tak rajin je nak ambik gambar.  cewah, macam best je ayat ek. Saya bab masak nih tak de lah gile hebat. tapi setakat simple-simple tuh bleh lah kan. Yang malas nye bab masak nih, masalah nye Haziq.  Bukan bapak dia yang cerewet. UncleBad seorang yang simple dan tak cerewet bab makan.  Dia lebih suka makanan yang kering-kering.  Kalau Haziq lain pulak mesti nak kuah.  Hari-hari makan kari, kormak dan yang simple sikit ayam masak kicap itupun nak kuah jugak. Kalau tak tak nak makan. tensi ahkak tau.  Malas nak masak dua, tiga lauk.  Kalau masak kari je hari-hari tekak saya pon muak.  So, terpaksalah masak untuk dua tekak.  Haziq dan apak dia.  saya tak kisah.  Biasanye makan je ape yang ada. Owh, sungguh pening.

Ini adalah menu jumaat malam.  Sian ayam saya dah macam tak senonoh jerk ambik gambar.  gambar pon semua kureng memuaskan.  Lagi pon Haziq dah tak tahan lapo (cewah, salah kan anak plak) tu yang tak sempat nak lap tepi-tepi bagi cantik sikit. Ini salah satu menu wajib Haziq okeh.

Ini plak cendawan masak air.  berminyak-minyak kuah aku. kikihh...bubuh sikit daun kunyit bagi sedap.  Kitaorang makan berdua je malam tuh. UncleBad balik lambat. 

Dan ini paling mahal.  sambal tempoyak. Tempoyak ni import dari Perak tau.  adik saya buat sendiri. Dia kata banyak sangat durian, dia buat tempoyak.  Tetiba teringat kat sorang pak cik saya, dia suka tempoyak tapi sebelum makan dia akan tanya sape yang buat.  Bukan ape, dia kata takut tangan sipembuat tempoyak tuh ade cagu..boley? hehee kembang tekak. Jadi lepas nih kalau dia tanya sape buat tempoyak dan dia tak usik tempoyak tuh, tau lah bahawasanya dia geli dengan tangan orang yang buat tempoyak tuh...tapi saya tak. Tangan saya bersih selalu sapu losyen auw..poyo.





Khamis, 1 Mac 2012

Marilah Menari

Ai, bile dah dok segamat tetiba jadi gile kuasa.  Gile menonjol muhahaa...Apesal jadi macam tuh sebab ai nak cari kawan ramai-ramai. Pergh, poyo ek. Tapi betul tauh bila dok Segamat jadi rajin. Keje pon ala-ala kureng gitu kan so, sibuk kan diri dengan aktiviti yang bukan-bukan. Semalam join zapin PUSPANITA. Bukan zapin sangat pon, dok menempel kat orang zapin boley? Mesyuarat agung PUSPANITA Daerah, tetiba nak buat persembahan skit....apecelop...hehee tetiba jadi Haziq tiru ayat dalam tv. Semalam dia bleh buat ayat ape tau, macam nie lah lebih kurang, "Hai, canggih sangat sekarang nih, buka CD pon susah sangat nak keluar gambar." Poyo, ayat dah macam orang tua. macamlah dah lama sangat dok kat dunia nie sampai pandai buat cakap zaman sekarang nih dah canggih lebai dari zaman dahulu.  Ayat tu keluar time dia nak buka cd pastu cd tuh tak keluar gambar.  Nak ketawa pon ade. Lawak betul...
Ok-ok lari tajuk. Nak cerita lain, lain plak keluar...


Sebelum persembahan, ambik gambar senyum lebar-lebar.  Rimas tau pakai kain net tuh dah macam pengantin plak rasa.  Dah lah solek sendiri bagai.  Dah terlebih hijau kat mata tuh. Tengah akak yang tepi tuh, ada gaya sambil pegang talipon.

Dak Julie nih muka dia bersih gile. cantik kulit dia. Pakai produk ape?? Ade iras-iras tak? Iras-iras tembam gitu kikikiii

Gambar wajib ambik... oklah sian gambar tak banyak. Tak de orang nak tolong snaplah masa menari. Nie je lah gambar berjimba-jimba yang ade. Satu lagik terlupa nak ambik gambar cabutan bertuah semalam.  Dah buka dah hadiah tuh..tak ingat nenek Limah nie nak ambik gambar jam. Bertuah sungguh..