Isnin, 18 Julai 2011

Teddy

Dah lama tak crita pasal budak telinga capang nih kan? Dah lama tak mengutuk bagai dia nih.  Badan pun dah debab.  Sejak dah berumur lima tahun nih dah macam orang tua pulak bila bercakap.  Macam-macam ayat yang tak disangka-sangka keluar dari mulut becok dia.  Pelat pun dah tak de.  Bila tengok TV, macam-macam soalan keluar sampai pening kepala mak ko nih nak menjawab.  Nak cari jawapan yang logik.  Kalau tak,  sah-sah kena tanya semula sampai dia paham. Sekarang hobi terbaru mengumpul koleksi patung.  Patung okey!dah macam gegirl pulak kumpul koleksi teddy.  Buat masa nih mainan ultraman semua dia tak usi k sebabnye ibu dia tengah malas nak kemas barang-barang mainan dia yang kat dalam karung tuh.  Malas nak kemas-kemas ooooo...biar letak kat stor dulu sampai datang penyakit rajin datang baru sambung kemas mana yang tak siap-siap tuh.  Lagipun raya lambat lagi hehehe..
Cuba korang tengok nih...tak kuasa aku..
Siap tutup-tutup muka tuh.  Tau tak nih teddy sape??? teddy abang kacang. Mr Bean ...Perasan tak?
 Yang nih pula si zombie yang tak mati-mati.  Terlampau suka sangat game zombie VS plant,  cari pulak patung nih.  nasiblah yang besar dah habis.  Tinggal patung yang kecik nih jerk, kalau tak kopak bapak ko. Dia nak lumba dengan mak Siti dia kumpul koleksi teddy agaknya hehee...Mak Siti dia beli angry birds, dia sibuk-sibuk nak cari teddy gak.  Nasib dia tak berapa nak minat dengan burung garang tuh...kalau tak lagi kopak okey..aje pening.







Selasa, 5 Julai 2011

Pemalas ker?





Ape yang korang pikir bila tengok gambar serabut nih...mesti korang cakap saya pemalas kan? amboi tak sayang mulot ko.  Rajin sangat akak nih ye.. mari lah tolong kemas.  Penat o..nak kemas sema nih.  Seminggu pun tak habis.  Melambak-lambak kain baju tak lipat.  Ape lah cerita...
Ok sebenarnya saya yang belum habis pantang nih dah berpindah.  Rumah ku sudah siap.  Setelah mengemas ape yang patut dalam masa dua hari,  saya dengan penuh kesukaan telah berambus berpindah keluar dari rumah kuarters kerajaan di Muar.Sedih pulak rasa nak tinggalkan Muar yang penuh kenangan.  Di sinilah tempat pertama saya ditempatkan setelah dapat tawaran kerja tetap.  Di sinilah saya seorang diri membesarkan Haziq selama dua tahun setengah sebelum Uncle Bad berpindah ke sini, disinilah saya kenal rakan-rakan dan orang-orang Muo dan di Sinilah saya melahirkan dua puteri yang lebih disayangi oleh maha penciptanya tapi nak buat macam mana kan? pandang depan dan teruskan berjalan tanpa toleh-toleh kebelakang lagi...kalau toleh-toleh nangis kang.. Dan ini adalah kisahnya.  Kisah kesibukan mengemas dirumah sendiri. Dan gambar-gambar yang terpampang kat atas tadi tu adalah gambar keadaan rumah saya sekarang.  Rumah yang akan menjadi tempat tinggal kami sekeluarga buat selamanya.  InsyaAllah.  Sawadeekap...
Dan ini saje yang dah siap
V
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Alamak....konon.., eh, tak saje je nak bagitau heheee...weylawey...poyo langsir baru tuh. tapi dah macam pokok duit syiling...bank negara. Tak pe yang penting akak sooookaa.