Khamis, 7 April 2011

Macam-Macam Lauk Dari Dapur Kak Limah Balik Rumah..Ade ker??

Nak cerita tentang masak. Dah lama tak cerita pasal makan kan... sebab ape? sebab tengah diet hehehe boley? boley blah. Bila angin rajin tetiba timbul dan masa tu tengah rajin gile nak snap gambar, macam-macam lauk nak ambik gambar. Walaupun masak tak berapa nak sedap tapi tetap nak poyo. sila tengok gambar ini....

Mula-mula tengok dulu lauk pucuk turi masak lemak nih.  Ada udang lagi. Kekonon nak best lah rasa tuh. Rumah saya nih, ada budak kecik tuh bila makan mesti nak ada kuah...kalau tak de kuah, dia tak nak makan. Cerewet tau budak kecik tuh..dah macam atok-atok pula makan nak kena ada kuah..Ini sayur yang dimasak pada hari ahad lepas. Dah habis pon.


Yang ini lauk dia pula. Ikan goreng jerk... Cukup ke dua ekor je? makan sorang sikit okey. hehee...jangan risau atas kuali ada lagi yang tak masak..  Ini sekadar hiasan. Untung ikan nih, sebelum dimakan dapat jadi model dulu.

Dan akhir sekali telur masin. senang jerk menu hari minggu saya. semua yang simple. Telur nih pun sebenarnya dapat daripada rumah orang kawen.  Tak susah pun nak mencipta menu makan tengahari hehee... bagi yang rajin tiba-tiba macam saya lah.

Okey yang ini pula lauk dua hari lepas...sotong masak sambal. Letak bawang sikit, pastu letak lada. Boh gula sikit supaya rasa manis-manis...Tak lah pedas sangat takut budak kecik yang sorang tuh tak tahan pedas..

Ini sayur pula. Goreng je.. tak susah. Sayur nih sebenarnye saya jerk yang banyak makan. Haziq dan ayah dia tuh, cuit-cuit jerk sebab dua-dua jakon tak makan sayur.

Yang paling mahal lauk nah lah okey...Ikan pekasam. Ini import daripada utara. Sekarang nih senang nak beli barang-barang buatan utara tanah air. Sebab adik saya dok sana jadi soh diorang import jerk. Gerenti sampai depan pintu.

Dah. Itu je gambar semasa hari rajin. Semalam tak masak. Tak berapa nak sihat semalam lagipun satu hari air tak de. Jangan membazir air, kita makan kat kedai saje.



Selasa, 5 April 2011

Nak Pindah Hotel

Sekarang nih tengah kira-kira duit cukup tak. Tengok dan tengok masih lagi tak cukup...buka tempayan pun tak cukup lagi duit nih. Pening Kak Limah Jap...Haziq lah nie, cakap nak pindah hotel bagai. Wah! kaya betul mak ko nih ye. Ayat nak pindah hotel nih, Haziq yang cakap. Minggu lepas, hai jumaat saya dan suami ke Nusajaya. Settlekan pasal kerja saya sikit so, dak Haziq nih pun ponteng sekolah. Habis je semua, terus pegi Johor Bahru. Maklumlah kat Nusajaya nih belum ada hotel lagi. Semua bangunan kerajaan... Dah namanya nak tido hotel, maka kenalah ke JB. Kalau ikutkan terus balik Muar je petang tuh tapi sebab  ayah dia dah janji nak tido hotel, maka si Haziq nih pun menuntutlah. tu yang terus cakap nak pindah hotel. Uh...sungguh tak kuasa nak dengar.
Bila dah tido hotel kenalah cari yang ade swimming pool kan...sebab ada orang memang hobi berendam so, ronda-ronda, cari-cari dapat satu hotel atas bukit. Bolehlah layan.


Possing atas katil dengan Mak Siti. Sebelum datang hotel ambil adik ipar saya ni dulu kat UTM. Saje buat geng Haziq.


Ini dia dua orang yang suka berendam..

Yang ini pula ketua kumpulan...hehehee...nasib ibu tak leh nak join, kalau tak mesti dah masuk dalam group nih juga. Tapi kalau saya join juga rasanya, akan ada pelampung semulajadi yang timbul
okey tengik pula dua orang nih mencari tempat mandi di pagi hari.

Ayah follow aje si ketua kumpulan nih. Tengok tuh, orang tak de pun lagi dia dah bergegar nak mandi.

Okey sebelum balik ibu pun nak possing juga. tapi yang tak best, si Haziq tayang kaki aje kat kamera. Tak sporting langsung.