Rabu, 14 Oktober 2009

TABAHKANLAH HATI INI.

Ya,Allah apakah ini satu ujian yg mampu ku tempuh.Sakitnya hanya kau sahaja yg tau. Suamiku sdiri pun tak akan dapat memahami apa yg ku rasai. Saat aku teruja utk menyusukan baby, teruja utk menerima kehadiaran org baru, teruja utk menantikan detik bahagia melihat haziq bermain bersama adiknya...semuanya aku rasa bagaikan mimpi bila doktor menyatakan aku tiada lg air ketumban di saat usia baby baru 26 minggu. Buah pinggang membengkak dimana baby tidak dapat kencing dgn sempurna.

Antara komplikasi yang diberitahu oleh doktor;
  1. Kemungkinan baby mati dlm kandungan (Ya, Allah jauhkanlah)
  2. Disebabkan tiada air, paru2 baby akan mengecut.
  3. peluang utk hidup tipis
Tak pernah aku terfikir begini sekali dugaan yang akan aku hadapi.  Walaupun begitu, aku tidak akan terus mengalah. Aku berdoa semoga keajaiban akan berlaku. Tabahkan hati ini.

Selasa, 13 Oktober 2009

Raya 2009

Assalammualaikum...

Setelah hampir sebulan beraya, baru hari ni berpeluang untuk mengarang kembali. Sibuk dan terlalu banyak keje yang nak settle kan segera.haa...xlarat rasanya.Tapi tak pelah name pun keje.  Mula2 nak cerita tentang raya dulu. Raya tahun nie,kurang sikit meriahnye.Tak tau lah kenapa tapi adalah kene mengena dgn pregnant kali nie. Sedih, risau mcm2 bersarang dlm kepala.Tapi itu nanti kita cerita kemudian.

Orang yang paling gembira bila raya adalah haziq. Anak bujang aku yg sorang tu bukan main lagi. Pakai samping sampai ptg pun dia tak kisah. Cuma dia ada malu sikit bila nak salam dgn org yang dia tak kenal. Dalam pada macam tu pun banyak juga dia dpt duit raya tahun nie. sejak dah pandai ckp nie, macam dia komen orang.Geli hati juga. Yang xtahan sape je hisap rokok dia 'sound' nanti xbleh cakap.Mcm iklan kat tv tu. Biasalah budak2.

Jom tengok gelagat haziq di hari raya:

Senyum..


Dengan adik beradik aku


Membebel je..


Dengan atok,nek, semua makcik2...


Sukanye buat posing poyo.


Serius nye ayah tu.


ngada je


Seriusnye.