Ahad, 9 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU

Buat semua ibu-ibu saya ucapkan selamat menyambut hari ibu. Kepada yang masih ada ibu tu, hargailah ibu anda selagi dia masih ada. Besar pengorbanan seorang ibu. Dari ibu kita banyak belajar semua perkara tentang kehidupan. Dari kecil sehinggalah kealam remaja. Jangan sesekali dilupa pada pengorbanan dan jasa ibu kepada kita.

Sebagai ibu, saya rasa memang banayk perkara yang terpaksa kita korbankan untuk kebahagiaan anak dan keluarga. Bila dah jadi ibu nie, barulah tau macam mana susahnya nak membesarkan anak. Dulu kecil-kecil, suka melawan cakap mak, degil bila dah ada anak nie, barulah tau macam mana rasa bila anak dah pandai menjawab bila kita tegur...huhu..padan muka aku. Cuma saya berharap dapat menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak sendiri. Buat bonda tersayang, terima kasih tak terhingga kerana melahirkan, membesarkan diri ini yang kadang-kadang terleka dengan kedegilan sendiri. Semoga kebahagiaan kita sekeluarga akan berkekalan dan menjadi panduan dalam  membina keluarga sendiri pula.





Rabu, 5 Mei 2010

BERTEMU KEMBALI

Sudah lama blog nie terabai. Bukan apa, keterbatasan waktu di pejabat dan rumah membuatkan saya lupa sebentar pada hobi baru nie. Walau macam mana pun, setiap apa yang dilalui mesti diteruskan tanpa perlu berpaling kebelakang. Hei,hei,hei, apa kena nie merepek sudah sebelum kemerepekan menjadi semakin melalut, kita mulakan acara kita...satu, dua, go...

Ini adalah kisah diantara seorang aku dan dua orang lelaki kecil dan besar.. merepek lagi dah nie... Pada hari sabtu yang lalu aku dengan senang hatinya mengajak suami aku, pegi main bowling.wau! boleh tahan minah nie.. saje nak bawa haziq suka-suka. Memang terlebih suka sampaikan esoknye ajak kitaorang main bowling lagi..Adik manis, banyak duit?..sebelum bengkok, terus aje si ibu yang pemalas nie ajak tido.wakaka..pening lo.

Dengan bangganye dia baling...

Malam tu pun dengan sukaria nya si Haziq nie main. pAdahal bukan kuat pun dia baling tapi excited gile bila dapatbaling bola tu. Kitaorang pun buat-buatlah pegangkan. Saje bagi sokongan pada sikecil nie. Nah, ambik kau, semua masuk longkang. Malam tu pun orang tak ramai, so, tak de lah segan sangat. Suami saya pun dengan senang hati melayan je ibu yang bayar,layan je lah ye... apalagi, cepat-cepat keluar dari kereta untuk main. Takut-takut dia ubah fikiran (jika kau ubah fikiran, aku kan setia...sila sambung sendiri). Setelah keluar peluh-peluh membasahi badan, kitaorang pun baliklah..Haziq pun muka dah puas. Seronok dia. Dapatlah menghilangkan stress.Malam tu semua kalah.hahaaa

Sini ayah baling...strike ke???

Sibuk tengok-tengok kat result tu...macam paham jerk.

Paham ke tu

Sebelum balik, cuba bling bola pula

Ayah pula yang lelebih