Rabu, 11 Ogos 2010

PENGUBAT DUKA?

Semalam saya telah menerima gambar yang telah diprint oleh Photobook. Setelah 2 hari menunggu, sudah sampai  jua akhirnya album yang ditunggu-tunggu. Saya berpuas hati dengan mutu dan kualiti album gambar ini. semua gambar-gambar yang telah diambil semasa menunaikan Umrah beberapa bulan yang lepas telah saya bukukan dalam satu album. Saya hanya masukkan gambar dalam perisian company ini dan sent. Setalah buat pembayaran, penghantaran akan sampai dalam tempoh dua hari bergantung pada perkhidmatan pos yang digunakan. Next time bolehlah lagi saya mengunakan perkhidmatan ini. 




Semoga pengalaman ini menjadi kenangan yang terindah dalam hidup ini, pengubat duka apabila teringat seketika pada Siti aishah, anakanda yang datang seketika bagai bidadari syurga yang mengiringi pelangi petang yang muncul sebentar selepas hujan teduh. Al Fatihah.





1 ulasan:

  1. Tanpa Nama12/8/10 9:44 PG

    cam best je photobook ni. awk pilih yg brape rm tu?

    BalasPadam