Isnin, 16 Ogos 2010

CANTIK TAPI...

Terkejut saya dengan pendedahan oleh akbar berita Minggu semalam tentang produk-produk yang disenarai hitam oleh kementerian kesihatan. Mana tak nya, ada salah satu produk tu saya pernah pakai dahulu. dahulu ye bukan sekarang.sekaran pakai produk lain tapi macam dah start was-was juga. takut-takut merbahaya.

Produk-produk yang disenarai hitam tu adalah kelulusan dari KKM sendiri tapi mereka dapati pengusaha ini telah menghantar sample yang tidak mengandungi racun dan untuk produk sebenar mereka telah meletakkan hydroquinone, tretinoin dan macam-macam lagilah racun-racun durjana ni.

Punyalah kaya raya si pengusaha produk nie tapi menipu.. alahai kesiannya aku heheee. Memang tak beretika langsung. Bagus juga dengan pendedahan berita Minggu ini. Sekurang-kurangnya ramailah yang akan tersedar yang diri telah tertipu. Tak patut sungguh. kepada teman-teman, rakan-rakan berhati-hati lah dengan produk-produk yang akan menyusahkan kita dikemudian hari. Berkat ke dibulan Ramadhan nie menipu sebegitu dan sampai bila kekayaan mereka itu akan membawa mereka ke syurga dunia nie.. Alahai....







Tiada ulasan:

Catat Ulasan