Jumaat, 20 Ogos 2010

MAKAN,MAKAN DAN LAGI MAKAN

Masiih lagi nak bercerita bab makan tapi bukan makan lepas puasa tapi nie kisah makan kenduri sebelum puasa hari tu. Kira confirm dah jadi darah daging hehee..Lama dah cerita nie tapi disebabkan tak de idea dan kekurangan mood untuk bercerita kat sini, terperap ajelah dalam otak huhuhu.. hari nie  tengah rajin sikit bukan selalu akak rajin ye.. so, dengarlah cerita ku ini.
bermulalah kisah...(versi syair ) tak jadi-tak jadi...cerita balik bab kenduri kahwin nie, majlis nie adalah majlis sepupu suami saya. Pegi pun sebab menggantikan mentua saya yang tidak dapat menghadirkan diri. so, pegilah bersama dengan keluarga kakak ipar saya. Kira jejalan yang terakhirlah sebelum kakak ipar saya nie balik ke Columbia hari tu. Gambar-gambar pun banyak diambil dari kamera kakak ipar saya ni. Thank u lah kak long sebab sudi mengemail  gambar-gambar yang cantik-cantik nie. jom follow



Persandingan antara mohd khidir dan Faezah

upacara memotong kek. Majlis bermula sekitar 8.30 malam di Dewan Sime Darby.

sedapnya adam makan. makanlah ye..kat Colombia tak de sup tu. Suruh mummy masak baru dapat.

Artis undangan yang hadir. siti Nurhaliza. Menyampaikan tiga buah lagu. Tapi tak ingat tajuk  adus..rasanya ada satu lagu yang dia nyanyi masa dia kahwin dulu.

Budak-budak nie bergambar dengan Mr President Metrofulus..Korang rasa cerita ape tu..

Ibu, ayah Haziq..lebar seh gambar nie hahaaa...coverline untuk diri sendiri

Dan rasanya dalam kamera nie, saya semakin lebar...haaa selamatkanlah. harap-harap lepas puasa dah menipis betul ke ayat tu???Ini gambar bersama pengantin.

Undangan perkahwinan... besar gile kad nie ko..

Inilah antara barangan cenderamata yang kita orang dapat.

cermin dan sikat..ye, boleh bawa kemana2.
Ok lepas tengok gambar nie, korang rasa sepupu suami saya yang lelaki ke perempuan ? ape malas nak jawab..meh sinilah saya jawab kan..yang lelaki tu lah sepupu suami saya. Ok habis..nak gie masak gheee rajin nye aku..jom kedapur.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan