Rabu, 25 Ogos 2010

Dah lama tak cerita bab makan dan jadi chef ye sebab, sebab banyak sangat memenuhi undangan berbuka puasa..hehee mana ada..acah je. ramai sangatlah orang nak jemput berbuka. Kakak-kakak ku ni pun diam jerk tak de nak kecoh-kecoh buka kat hotel atau kedai mamak ahaks bukan,bukan,bukan.. kat restoran-restoran ke atau papa-apa lah kan janji ada orang bayarkan..hihihiii..poyo. Rasanya sudah empat hari tak masak kat rumah. weekend berbuka kat kampung lah kan..dua hari lagi tu makan kat luar je sebab Haziq tak de. Kemalasan pun menjelma sudah. Tapi petang semalam si haziq tu dah balik jadi hari nie bercadang nak masak untuk berbuka. Nak masak apa tak pikir lagi...
Hari nie nak cerita tentang dak haziq lagi. Cerita pasal membeli mainan. Ye, semalam boleh pula dia pow ayah dia. nak beli mainan. sebelum supermarket tutup, terpaksalah ayah dia ni menunaikan zakat janji petang tadi. hahaaa...pening lor..ingatkan dah pukul sembilan lebih tu dia dah lupa tetapi tidak.aje boleh pula ajak keluar minta mainan. so, dengan langkah longlai sebab tak gaji lagi  layan kan je lah..
Yang tak tahan tu punyalah lama dia pilih mainan. tup,tup dia pilih mainan harga berapa tau...RM 120. Gile apa nak beli nie. Wah siap nak merajuk bagai budak nie. RM120 tu kalau beli baju raya, kurang-kurang dapat dua pasang. Tak sanggup ah... akhirnya setelah ayah dia bising-bising jap terus je tunjuk mainan yang lain. Harga pun murah sikit. Murah-murah pun RM 59.00 juga ayah dia kena.. hehee nasib baik hari nie gaji.

punyalah lama memilah...

inilah mainan yang dia nak..balik dah nak kena pasang kan pula.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan