Setelah beberapa hari tak menjengok ke dapur, semalam kembali semula menjadi mak-mak. bukan sekarang pun dah mak orang ke?tolong jangan perasan.. korang buka ape? buka kat luar ke?atau makan maggie je..walau apapun cara dan dimana berbuka, kita masih lagi dapat berbuka dengan aman dan damai kan ?Alhamdulillah dah macam iklan radio lah pula hehee..ape yang saya masak semalam? biarlah rahsia kerana... hehee.tak,tak,tak nie nak ceritalah nie. cerita tentang masakan kita.
Dengan bangganya, saya mengumumkan telah memasak ketam siput sedut. syahdu gitu. Kenapa syahdu? kerana dengan gelabah dan tunggang langgang mengetuk hujung siput sedut tu..hish, punyalah penat.sakit pinggang belakang. Nasib baik tak puasa lepas buka ada orang tu cakap sedap hehee..bangga kembang-kembang. memang tau pun sedap poyo seh. Kat Muar nie memang mudah dapat siput sedut. Pegi je kat pasar satu plastik RM 5 sahaja. Kat tepi-tepi jalan pun ada orang jual..mula-mula dulu tak pandai pun masak siput nie siap geli lagi bila nak 'ngeje' kan dia sebab siput tu kebiasaanya hidup lagi. pastu berjalan-jalan sampai atas sinki..macam seram je..tapi sekarang dah terror gila hehee sebab Haziq dan ayah dia suka sangat makan siput sedut, nak tak nak...belajo lah rajin kan...kenapa pula pagi-pagi nie dok cerita pasal siput je ni. Ok cukup..tengok nie
kecur tak? tak kecur? kenapa saya sorang je yang kecur hehee
ni pula, telur ikan masak asam pedas. sebab terlalu memberi tumpuan memasak siput sedut jadinya telur ikan nie tak sesempurna rasa sebab masin hehee telur ikan nie sebenarnya, ayah Haziq yang beli..terajin pula dia bawa balik telur ikan nie..tengok-tengok macam sedap tapi lepas buka, masin. nasib baik ada siput sedut hehee..
Ini hidangan terakhir semalam. Bubur lambuk yang dibawa balik oleh ayah Haziq. sumbangan masjid besar Tangkak.hehe. Jadi semalam saya hanya masak satu lauk je. sebab tu sedap siput sedut aku heee
Lagi satu, tengah suka guling-guling nie kat pejabat sebab semalam diumumkan dapat bonus RM 500. Terima kasih ye Dato' Najib sebab memahami kehendak naluri saya kakitangan kerajaan ni. Jadilah kan. Harap-harap bayar selepuk..sedap sikit nak membeli hehee..mentang-mentang anak tak ramai sekolah boleh lah cakap cegitu. tak pe hujung tahun harap-harap dapat lagi, lagi dan lagi hehehee..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan