Selasa, 10 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK



Diam tak diam, sudah sebelas bulan kita meninggalkan bulan Ramadhan dan kini ia menjelma semula. Betapa cepatnya masa berlalu. Macam mana, dah habis ganti puasa? hari ni dah tak boleH  puasa ganti lagi tau...Bermula esok, sama-samalah kita berpuasa. Menahan lapar dan dahaga serta menjaga tingkah laku harap-harap bole kurus sikit aku nie hehee .diharap semua dapat mengamalkan semua kebaikan di bulan mulia ini sampai bila-bila.jangan habis posa semua kebaikan ditinggalkan heheee tak bai tau adik-adik, ibu-ibu, bapak-bapakDikesempatan ini, saya memohon beribu kemaafan kepada sekalian yang pernah terguris hati dan kata-kata, semoga dapatlah kita menjalankan amal ibadah puasa dengan sempurna tahun ini.

Puasa tahun nie, saya akan cuba ajar Haziq belajar berpuasa. Walaupun baru berusia empat tahun, saya akan cuba ajar dia serba-sedikit pengertian di bulan Ramadhan ini. Meluntur buluh biarlah dari rebungnya.cewah..ibu ko. Sekarang pun dia dah selalu cerita tentang puasa. itupun cikgu dia ajar kat sekolah, jadi mudah sikitlah saya nak menerangkan pada Haziq. Dapat puasa setengah hari pun dah cukup tapi saya tak akan paksa dia. kesian kan. dia budak lagi. Kalau makan boleh rasanya sebab anak saya nie tak berapa suka makan. tapi, bab minum tak boleh blah. Tapi tak tentu juga, dia kalau dah betul-betul kebulur, mulalah bising-bising suruh masak cepat sikit dan bila makan memang confirm tambah dua kali..hehee. Apa-apa pun merancang saja dulu, tak taulah menjadi atau tidak usaha saya ini. Usaha tangga kejayaan kan.

Ok, malam nie jangan lupa Terawih ( kalau confirm esok puasalah ). Dapatkan seberapa banyak pahala di bualan Ramadhan ini ye. Kat sini saya sertakan kelebihan terawih yang saya dapat info daripada email yang dikirim oleh kawan saya( kak Lin)..



1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama


Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

 
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua


Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

 
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga


Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat


Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima


Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam


Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh


Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.


8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan


Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan


Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.


10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh


Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas


Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas


Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.




13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas


Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.




14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas


Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas


Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas


Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas


Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas


Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas


Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.



20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh


Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.




21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu


Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.




22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua


Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.




23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga


Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.




24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat


Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.



25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima


Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.




26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam


Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.



27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh


Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.


28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan


Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.




29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan


Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh


Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
 

Perbuatan yang Dianjurkan di bulan Ramadhan
a. Memperbanyak shadaqah


b. Memperbanyak bacaan Al Qur’an, dzikir, doa, dan shalat




Ibnu ‘Abbas c meriwayatkan:






كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُوْنُ فِيْ رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْلُ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ


“Rasulullah n adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya Al Qur`an.” (HR. Al-Bukhari)

 



c. Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa


Rasulullah n bersabda:






مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurang sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (HR. Ahmad, 4/114, At-Tirmidzi, 3/807, Ibnu Majah, 1/1746, Ad-Darimi no. 1702, dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani t dalam Shahih At-Tirmidzi).


SELAMAT BERPUASA.

1 ulasan:

  1. salam ramadhan dari kami sekeluarga..moga kita beroleh keberkatan dalam bulan yg mulia ini.

    BalasPadam