Kejap je dah nak habis cuti sekolah kan. Rasa macam baru je start cuti. Bermula dengan Haziq sunat dan seterusnya hantar dia pegi kelas asas Jawi dan membaca Al- Quran, dah tinggal dua minggu je lagi buka sekolah. Tahun nie, Haziq dah masuk tahun satu bermakna, sudah bermulalah keseriusan saya dalam pembelajaran anak. Dulu bukan tak serius tapi masih lagi boleh malas-malas gitu..mak ko nie memang pemalas Haziq dan mula tahun nie, saya dah start cari tempat tusyen yang terdekat dan okey untuk Haziq. Haziq memang perlu untuk kekelas tambahan. tapi bukan semua subjek lah mungkin saya boleh lebihkan pada subjek matematik dan Bahasa Inggeris atau Bahasa Inggeris dan sains...mane-mana yang saya rasa perlu lah. Yang lain tu rasanye saya masih terror lagi huhuuuu...macam 'good2 ' je saya nie. Keperluan hantar kekelas tambahan nie saya rasa sebab Haziq nie banyak main . Kat rumah, nak kena paksa dan gaduh pusing satu rumah baru dia nak study. sungguh memeningkan. Dan satu yang saya perasan, dia suka study ade kawan. Mungkin itu lebih buat dia lebih relaks atau lebih memberi tumpuan sebab ada perasaan untuk berlumba. Dan saya pun dah mula risau takut tak boleh nak fokus, sebab bulan febuari saya dah ade baby. Yes!! saya sudah tujuh bulan mengandung dan Alhamdulillah kandungan pada kali ini bayi saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Syukur sangat. Doakan yang baik-baik ye untuk saya dan baby.
Berbalik pada Haziq, saya dah mula beli baju sekolah untuk dia dan peralatan sekolah yang lain. Untuk permulaan, semua saya beli dua pasang. Baju, kasut, seluar, semua saya beli dua pasang. Jika ada keperluan, lepas dah masuk sekolah, mungkin akan tambah lagi sepasang baju. Maklumlah ahkak nie kadang-kadang, bila dah tersebuk dan kepenatan, baju sekolah pun tak sempat nak basuh hari-hari. gitu lah kan...orang dah keje nie...hahaaa..itu satu alasan sebenarnye. Okeh, weekend hari tu gie Sogo...wah!!Sogo okeh..KL okeh..gile gigih saya panjat bas dan jalan sampai malam. Cari hotel dekat-dekat situ je sebab memang target nak shopping saja. mula-mula plan nak naik keretapi. saje kan nak bawa Haziq naik keretapi. Dah lame tak naik keretapi tapi frust sangat sebab tiket dah habis. so, naik bas. Sampai kat TBS, terus naik LRT pegi ke Sogo. Pandai tak pandailah kitaorang tekan tiket kat mesin tu. pastu siap dah tersalah train..bile perasan tengok dah sampai Bukit Jalil..dah nak kemana pulak. Turun semula dan pusing naik train satu lagik...sengal tak sengal lah bahu bawa beg galas semua. Ape pun semua tu pengalaman. Kali nie pegi pon berlima je dengan My hubby yang sporting kali nih, Haziq, Mak mentua dan Aja (adik ipar). Mak mentua ai, memang kaki shopping. Pusing-pusing satu Sogo memang dia redah je. Dan saya pula, memang gagah kan diri untuk berjalan. Tengah sale nie lah nak beli kan. duit je lah standby. lagi pun lagi dua bulan dah tak bleh jalan. Dah ade baby dan kalau nak gile shopping macam nie pon kena pikir dua, tiga kali sebab sian kat baby dan saya pon rasa tak terlarat nanti... ini pun tak sedar diri, jalan bawa badan pun sampai tak larat, bile malam dah sakit pinggang. kaki dah kebas tetiba rasa nak demam..nasiblah UncleBad tolong belikan panadol. Malam, semua tido mati.
Mula-mula sampai, saya jalan sendiri dengan mak mentua. Haziq jalan dengan ayah dia..yahoo, seronok haahaa bila dah beli semua, baru perasan yang paling banyak shopping adalah Haziq. Punyalah baik hati ayah dia belanja semua. Beli baju tido, mainan tak tinggal semua mainan transformer. sejak dua menjak nie dia gile dengan transformer. Hari2 tengok CD tranformer. sampai nak pasang wallpaper kat bilik pon nak cari Transformer..tapi tak pasang pon. Kat segamat nie manalah wallpaper yang cecanggih macam tuh kan. Setakat gambar bunga-bunga biasa tuh adelah. . Baju sekolah dan kasut pon dah siap beli. Habis satu part. cuma tinggal nak belikan baju sekolah agama. Tunggu bonuslah pulak kan. Banyak gak UncleBad keluar budget, gegel sey.. tapi terima kasih sangat-sangat sebab sporting bawa jalan-jalan, melayan kitaorang dan yang penting belanja kitaorang hahaa.. best kan. Sesekali melayan mak buyong nie. Tak pe kan... bukan selalu. Balik, naik kereta pulak. Bapa mentua saya datang keesokanya. Penuh ko satu bonet. Dah lepas nie dok diam-diam kat rumah. Kumpul balik duit penuhkan satu tempayan baru boleh jalan semula.
sampai je terus gie makan. masa nie tengah tunggu makanan sampai. possing dulu
Haziq dan Mak aja
Dah tak tau nak makan ape, UncleBad belikan saya nasi ayam penyet. boleh lah bedal je. Dah lapor sangat.
Nie gambar dah penat berjalan.
Tranformers
Lepas mandi
Gangnam Style..nie kat Mahkota Perade Melaka..ambik nak, Lepas KL singgah Melaka jap tuh.
masa balik singgah Melaka jap...jalan sangat. Ko mampu??haaaa ..nie gambar dah penat tak sabar nak pelok bantal.
apepon gambar yang lain-lain tak sempat nak take. punyalah seronok berjalan, terlupa nak ambik gambar. Si UncleBad macam biasalah...tak sporting bab bergambar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan