Jumaat, 4 Januari 2013

KEMBALI SIBUK


Minggu pertama persekolahan adalah sangat sibuk, kelibot, pening, stress dan semua nye lah.  Memang betul-betul tekanan nie. Bukan anak yang tertekan tapi mak nye yang lelebih. biasalah kan, bile sendiri kena urus memang lah tension jadinye. Haziq memulakan persekolahan tahun satu dengan mudahlah bagi saya. Tak menangis dan banyak ragam. Saya harap akan begini sehinggalah bila-bila. Cuma yang risau masa rehat tak nak makan. Itu masalah dia sejak dari dulu. Setiap kali bau masakan kat kantin dia dah muka toya. nak muntah. geram betul. lepas tu terus taknak makan.  Masa hari first tu saya paksa dia beli air. Yelah kan pagi tak makan, perut kosong macam mana nak belajar. Kang kalau dah sakit perut, ahkak juga yang susah. Harap-harap untuk minggu nie sahaja. Minggu depan diharapkan hilang lah segala loya dia tuh.  Dah macam dia pulak yang mengandung.
Bila anak dah mula masuk sekolah nie memang dah terasa kesibukan dan tekanan dalam jiwa nie. Itu belum lagi masa exam. Macam manalah saya time tuh. Haziq, macam biasa le. Relaks je.  Kat sekolah pon dah jumpa kawan, dia dah happy. Sekarang bangun pagi kena awal. Haziq masuk sekolah pukul 7.20 pagi jadi kenalah bangun awal kan. kalau dulu 7.30 baru nak bangun, sekarang 6.45 pagi Haziq dah kena bersiap. saya lagilah awal huhuuu...esok-esok bila dah ade baby lagilah nak kena bangun awal. Macam Haziq kekecik dulu.. 5.30 pagi saya dah bangun. bersiap dan masak untuk hantar dia ke rumah pengasuh. Haziq masa baby, pagi dah bangun. Bila dah besar sikit, dah lewat dan secara tak langsung, ibunye pun bangun lewat gak...dasar pemalas. Sekarang dan dua bulan lagi saya akan kembali macam dulu. Bangun seawal yang boleh dan secara tak langsung sampai ke pejabat awal lah. Orang belum sampai, saya dah sampai dulu. saing dengan akak cleaner kat pejabat nie hahhaaa Maklumlah dok Segamat nie tak de jem. takdelah orang yang datang awal-awal kan kecuali orang yang ade anak sekolah je macam saya yang akan datang awal. Masa nie boleh update blog. Ceh, macam hari-hari selepas nie rajin. Tengoklah dik.
Berbalik pada Haziq, Pagi dah kena bangun...balik sekolah hari isnin dan selasa pukul 1.20 petang. Hari rabu dan khamis pukul 1.40 petang. Hari jumaat je cepat sikit balik pukul 12.00 tgh. Pastu pukul 2.00 petang hantar sekolah agama. Pukul 3.30 petang barulah boleh balik rumah. Macam penat kan. saya nie pon dah macam ape. Jemput Haziq balik sekolah, pastu tukar baju dan makan semua dalam kereta dan terus hantar ke sekolah agama. padat sangat masa tuh tapi nak buat macam mana, dah itu je pilihan yang ada. Kalau dulu tengahari boleh balik rumah jap, guling-guling, sidai baju ke ape, sekarang dah tak lagi. Tak sempat yang.. Kuruslah ibu dan anak lepas nie heheee..


 Ini hari pertama ke sekolah. Penuh semangat. Harap sampai bila-bila lah macam nie. kalau tak poning omak.  Nasib juga dia nie jenis tak menangis nagada-ngada kat sekolah, dan sememangnye dia nie memang payah nangis walau kena marah cuma bergenang air mata time kena marah tu biasalah. Tak dapat nak bayangkan kalau menangis kat sekolah, nak kena pujuk, nak kena cakap elok-elok, pening jugak maunye tetiba saya jadi tarzan kat sekolah tu. itu bile tahap kesabaran dah pupus. Nasib, nasib, nasib...nasib baik.

nie masa rehat. geram gak masa nie sebab tak nak makan. ini pon kena paksa beli air. Dia kan ada masalah bau bile time makan. 

Tengok, nak bayar pon terkial-kial. bukan sebab ape tau, sebab loya. dialah kata..ish, sabau je lah. 


nie lepas makan, ambik nak, sekarang semua makan dalam kereta. tengah siap-siap nak hantar sekolah agama. 

okeh, waktu malam, sampul buku. sini ko, tolong balut semua buku. Jangan nak main je. Apepon, walau terpaksa bersusah macam mana pun, harus ditempohi. Memang dah lumrah, sampai masa bila dah jadi ibu, kenalah hadapi semua nie. tambahan pulak UncleBad keje jauh, terpaksalah saya uruskan sendiri dengan tabah huhuuu.. tabah you.  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan