Jumaat, 30 November 2012

Kisah Disebalik Kisah




Mesti pelik kan apesal minah nie tetiba masuk cerita upin & Ipin. Gile gedik ape sampai nak bagi orang tengok kisah ni. Padahal hari-hari boleh tengok kat astro ulang tayang cerita yang sama tiap-tipa hari. Senang cerita nak bagitaulah kan Haziq dah sunat. Dah elok dah pon. Dah lari bagai. Dia sunat 17.11.2012 hari tu. Hari sabtu. Sebenarnye, saya memang tak terfikir pun Haziq nak sunat awal.  Dia kan penakot. Umur pun baru 6 tahun tapi bile dia selalu cakap nak sunat, saya jadi risau. Boley ke??risau takut dia tak nak bile dah sampai klinik... Bila tanya kenapa nak sunat...ini jawapan dia " Kalau dah sunat, bile sembahyang kat masjid, Haziq boleh dok dekat ayah. Tak yah dok belakang lagi". Saya : "Ye,ke?". (muka mak siap kerut lagi). " Haziq :" Iyelah, Mail cakap, kan ayah?". Ayah : "ha'ah. Betul lah tuh ". Tau tak mail mane? Mail dalam cerita Upin & Ipin nie.. haahhh pengaruh sungguh.
Bile semua orang tanya tak sakit ke? relaks je dia jawab tak sakit. Macam kena gigit semut je. semua tu dia tengok dalam Upin & Ipin lah. Tu yang bersusah payah saya download cerita kat atas tuh. Budak-budak kan. memang terbaik betul cerita nie.
Mula-mula tertanya gak nak buat kenduri ke. tapi takut tak jadik. So keputusan yang kitaorang buat, tak yah buat kenduri bagai. kalau orang lain siap berarak, kompang bagai tapi kitaorang bawa je Haziq gie klinik. Kalau dia tak nak pun tak pe.Tak paksa sebab dia pun kecik lagi. Kalau dia ok je, pun bagus sebab dah settle satu masalah. Kalau dah sekolah sok lagi lah takut. Kawan-kawan semua dah cerita tentang kesakitan suant tu jadi, biarlah buat sekarang. sementara dia nak nie.
 Bila sampai kat klinik, saya tengok dia cool je. siap main PSP. Mak ko dah takut bagai. Siap tak nak masuk lagi. Ayah dia sorang je lah yang masuk.. tapi kat luar tetiba dengar Haziq jerit. pastu terus senyap. bila keluar dari bilik doktor, saya tengok ada sisa air mata dan muka dia pon monyok je. Sian pulak. Muka dah macam menyesal gile. tapi dia tak nangis pun masa tu, bile sampai rumah je, masa nak baringkan dia..masa tu lah dia meraung. alahai...sian....tapi sehari tu je lah dia lemah. tido je...nak bangun pun takut. nak makan pun baring. main PSP je. Masa tu lah keluar ayat " betullah Mail cakap, sakit sunat macam kena gigit harimau..Ipin tu cakap je tak sakit..yelah kartun kan bu". alahai, anak aku, pandainye ko nak myedapkan hati. Apapun saya bersyukur sangat semuanya dah selesai. dia pun dah sihat. Siap bangga lagi dah sunat sebab dia kata dah jadi orang besar.

ambik ko tidur tak ingat dunia...nie masa hari first sunat. Punya lah sakit. tidur. sian...masa nie memang sian sangat tengok dia. tu kain siap gantung okey. pakai tali. ayah dialah yang buat tu kan...ai, takde pengalaman.

nie hari kedua..tengok,tengok dah senyum-senyum kan...haaa..dah mula sihat lah tu tapi masih lagi takut-takut nak bangun.

hari ketiga, malam tu dah gie jalan cari games baru sebab dah bosan main PSP game yang sama je. dah banyak kali menang lah katanya. tapi tak boleh blah masuk supermarket pakai kain pelikat siap sorong masuk dalam troli...langgar pantang dah nie nasib tak bentan.


hari ke tiga (siang) dah boleh jalan depan rumah. makan roti lagi. masa nie dah bosan gila kot dok rumah. sampai cakap tak best lah sunat.......memang pon.

pastu hari yang keempat dah makan doyan...peace.

okeh ini masa kat Jusco Seremban...laaaa dah sampai seremban rupenye. 

hari yang kelima, saya paksa dia pakai seluar sebab mak ko  nak berjalan. disebabkan saya cuti seminggu, bosan sudah tak keluar rumah, hari yang kelima Haziq sunat dan kebetulan cuti Keputeraan Sultan Johor, UncleBad hantar saya balik rumah mak saya..so, Petang tu saya ajak adik yang kebetulan cuti (Acu) dan mak pegi jejalan dan sampailah kitaorang ke Seremban. Masa nie UncleBad tak de...dia biasalah kan time orang cuti pon kerja. Tu yang campak hantar kitaorang balik Palong. Tak tahan kot dengar saya berzikir kat telinga dia siang malam merungut dia tak cuti-cuti hahaaa...tak solehah betul.

Masa nie dah hari yang keberapa pun saya dah tak ingat. dan main helikopter kontrol. dengan Azril...cucu sebelah rumah mak saya. Nie memang kawan baik Haziq masa cuti sekolah.  Sebab dia pun masa cuti sekolah mak dan apak dia pos ke kampung..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan