Rabu, 2 September 2009

Anemia semasa mengandung.

Alhamdulillah.semalam dapat juga aku berpuasa penuh sehari. Mungkin keadaan cuaca hujan dan mendung semalam membuatkan aku mampu berpuasa penuh satu hari.

Hari nie aku berkongsi sedikit tentang penyakit anemia atau kurang darah. Aku adalah salah seorang pengidap anemia nie.Dulu masa anak pertama aku kena juga penyakit kekurangan darah nie.Aku pun kadang2 risau. Aku cuba untuk mengatasi setakat nie paras hemoglobin aku masih di bawah 11mg. minggu lepas naik sedikit,10.4 mg berbanding bulan lepas hanya 9.9mg.

Tanda - tanda dan gejala
Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
Kelihatan pucat
Kesukaran bernafas/sesak nafas.

Gejala berikut juga boleh berlaku :
Loya
Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
Sakit kepala dan pening
Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
Mudah lupa

Berikut adalah nasihat2 yang telah diberikan oleh jururawat yg merawat aku hari tu :
  • Sempena bulan puasa nie, makan banyak kurma ketika berpuasa
  • Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi mengelak dari berlakunya masalah kurang darah.
  • Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.
  • Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati.
  • Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum.
    Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik.
    Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin tambahan

InsyAllah aku akan amalkan.Risau sangat2 nie....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan