Jumaat, 28 Ogos 2009

kenali keluargaku










Inilah anak sulungku.Namanya Muhammad Haziq Hazran.berusia 3 tahun.Bercita-cita Nak jadi askar (tak tau juga.kejap2 nak jadi cikgu,kejap2 nak jadi Ben 10). Apa2 pun, sejak kehadiran dia, keluarga kami bertambah ceria.Terutama family aku. Cucu sulung.Semua berebut nak jaga. Tapi sejak2 dah pandai cakap nie,macam2 cerita dia buat.Kadang2 mcm tak sangka budak berumur 3 tahun bleh berfikir smpi ke tahap itu. Betapa budak2 zaman sekarang nie cepat matang. Hobi dia,main PS2.Hari2 main Ps2 sampai aku nak tengok tv pun tak boleh.Maklumlah tv kat rumah tu ada satu je.Sampai aku pula yang merajuk2.Dia nie sebenarnya lebih manja dengan ayah dia berbanding aku sendiri.Ye,lah ayah dia rajin melayan.Belikan mainanlah,beli cd lah, kalau dgn aku,sorrylah...tapi bila ayah dia marah, tau pula takut.Kalau aku yang marah pula,erm...menjawab pandai.Ada aje dia jawab.Geram juga. Tapi ape2 pun dia memang menghiburkan.bila dia tak de sunyi je rumah.




Inilah sepupu dia. Nama dia Adam. Dia memang suka gile dgn adam nie. adam nie anak akak ipar aku ( sebelah suami ).Setakat nie, diaorang je lah cucu mentua aku. adam nie umur 6 tahun. Tapi sayangnya jarang dapat jumpa sebab family akak ipar aku nie dok kat columbia.Suami dia keje kat sana. Setahun sekali baru jumpa. Haziq kalau tgk gambar Adam mesti ckp nak ikut Adam.Sesekali bila dia teringat dia selalu gak tanya pasal Adam tapi nak buat mcm mane..jauh hehhe...










Inilah 'my hubby'. Ayah kesayangan Haziq hehehe...Suami aku nie seorang yang pendiam sikit.Tapi bila dah kenal,tak delah pendiam sangat cuma lambat mesra. Dulu semasa dia keje kat penang, aku sorang2 je jaga haziq. tiga tahun jugalah aku dok berdua je dgn haziq kat rumah. Tapi Alhamdulillah,sekarang nie dah dapat keje kat Muar nie. Allah sentiasa bersama dgn orang yg bersabar.
Itulah serba-sedikit pasal family aku. Sesungguhnya merekalah segalanya. semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.


































Tiada ulasan:

Catat Ulasan