Rabu, 26 Ogos 2009

RAMADHAN AL MUBARAK

Diam tak diam dah masuk hari ke empat kita berpuasa.Tahun ini adalah kali kedua aku berpuasa semasa hamil. Masuk bulan kelima hamil nie, aku lega sikit sebab 'morning sickness' dah tiada.Alhamdulillah.Semoga aku dapat berpuasa penuh tahun ni.Mujur juga anak ku,Haziq tak banyak ragam. Bila usia dia 3 tahun nie,senang sikit nak jaga.Dia pun dah pandai main sendiri. Kalau tak letih juga nak melayan dalam keadaan mengandung nie.

Semasa bulan berpuasa nie, aku cuba amalkan beberapa perkara nie:
  • Elakkan dari meminum minuman berkafein.
  • tidak sesekali meninggalakan sahur. Ini penting sebab klu tertinggal kesian baby dalam perut dan pastinya kurang tenaga.takut tak tertahan nak menahan puasa satu hari.
  • banyakkan meminum air
  • Membaca surah Al-kausar untuk menghilangkan dahaga.InsyAllah.
  • Makan kurma. Ini penting untuk menambah tenaga. amalan nie memang aku amalkan sejak dari mengandungkan haziq lagi.
  • ubat-ubat yang doktor bekalkan,aku akan pastikan makan sahur dan ketika berbuka.

Semoga Ramadhan tahun ini aku dapat berpuasa penuh lagi. InsyAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan