Lima hari lps, aku pegi scan perut.Alangkah kecewa hati bila doktor bgtau aku kekurangan air ketuban.Tambahan pula buah pinggang baby nampak bengkak.Doktor ckp,kemungkinan baby meninggal dlm perut adalah besar.Kecewa,sedih, semua bersatu dlm kepala nie.Serabut sgt.Kenapa?Dulu masa anak first aku kurang air ketumban gak tp masa tu dah 36minggu so,terus bedah. Tp utk kali nie, terlalu awal.baru 26 minggu. Ya, Allah kesiannya anak aku.
Dari maklumat yg aku dapat, doktor kata paru2 baby bleh mengecut.Aku tak berputus asa.Setiap mlm aku cuba lakukan sembahyang hajat.belum terlambat lg aku rasa.semoga di akhir Ramadhan ini, Allah memakbulkan doa hambanya yang hina ini.
Dan tadi,aku cuba berubat secara kampung.Manalah tau baby kena sawan ke.Memang mcm tak de kena mengena je tp cara tradisional kita tak bleh abaikan. Aku cuba. Jumpa bidan dia cuma naik kan baby.urut sikit.sebab baby mcm dah kebawah sangat. Dan diberi air kelapa muda sebagai penawar. Lps buka aku akan minum.
Aku berharap, Allah memakbulkan doa aku nie.Kita hanya berusaha.Allah jua yang menentukan.
Sedikit info air ketuban
Jika kekurangan air ketuban, masalah boleh timbul kepada tumbesaran bayi dalam kandungan... puncanya?... air ketuban pecah (mcm air kencing meleleh keluar dari dalam vagina... jika air ketuban tidak pecah puncanya selalu dari masalah bayi itu sendiri atau kandungan dalam rahim... Ultrasound adalah tool yang digunakan untuk membuktikan pengurang air ketumban (AF Index).
Tiada siapa tahu bagaimana terjadinya kekurangan air ketumban mahu pun terlebih air ketumban kerana kuantiti air ketuban ditentukan oleh bayi. Jika bayi menelan banyak air dan kurang kencing, kuantiti air ketuban berkurang dan begitu juga sebaliknya. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, masalah ini selesai sendiri.
Info dari website Hospital Kulim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan