Okeh, gambar raya tahun nih tak banyak. Ada beberapa keping jerk. Entah kenapa, tahun nih selalu sangat lupa nak snap gambar. Padahal tahun nie banyak juga aktiviti raya saya. Dah tua Agaknye. Yang paling ralat sekali tak ambil sekeping pun gambar Din sekeluarga semasa datang rumah mak saya hari tuh. Din nih kawan sekelas masa time belajar dulu. Punyalah lama tak jumpa, Last2 tak ambik gambar pula. Apepun thanks datang rumah. Dah ada dua anak dah kawan saya tuh. Bagus...meramaikan umat. Oh, bile dah cakap pasal umat ramai, pada sabtu lepas bersamaan 10.09.2011, kakak ipar saya telah selamat melahirkan baby boy. Nama dia Hadz Aaron Hanif. Macam tuh lah lebih kurang nama dia. Seronok sangat Haziq dengar Adam dah dapat adik dan dia pun dah mula terkinja-kinja minta adik gak. Huh! takut. Nampaknye tahun depanlah baru dapat jumpa Hadz, eh...Aaron, eh entahlah tak tau lagi mumy dia panggil ape. Tahun depan bila dia balik Malaysia mesti dah besar. Dekat setahun mungkin sebab kakak ipar dan family dia dijangka balik raya tahun depan. Best nyer. Meriah sikit rumah Hj Zainal. Harap2 kakak ipar saya bersabar dalam menghadapi pantang yerk. Semoga dapat menempuh dengan jaya nye, ye Kak Long.
Nah, tengok nih
Gambar di pagi raya
Ada tak sesape yang nak tanya mana pegi nye ayah Haziq? Tak payah, meh saya bagi tau...dia macam biasa pagi raya sambut tetamu kat rumah D.O. (rumah bos dia ). Kesian kan saya huhu...
ni plak gambar dengan family saya kat rumah saya. Gambar kat rumah mak saya, tak ambik. tuh lah yerk, dah tua semua lupa. Tapi dlm gambar nih Haziq pakai baju tido lagi. Dia malas mandi okeh...dan kecewa gila, gambar kepala laki aku, separuh jerk. Pendek betul tukang ambik gambar nih. Agak-agak sape si pendek tuh? hehehe
Aqila pun tak sporting. Sama macam Haziq. Tak nak pandang kamera.
Nih gambar ngada-ngada...
Ini pula gambar ngada-ngada uncle Bad.Gambar terang gelap nih pun nak masuk gak..
Ok dah habis...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan