Jumaat, 26 Ogos 2011

Raya Vs Merdeka


korang nak raya kan? tak sesabau kan nak raya? saya tengok malam2 hari bila keluar bandar pun dah macam hari raya.  Ada yg beli karpet, beli langsir semua lah nak beli. Bonos pun dah dapatkan...sampaikan kereta pun tukar baru. Cayalah, raya sakan!!!!
Bila dah sibuk2 raya, dengar lagu raya, mood raya, tetiba ada lagu patriotik. lagu merdeka. Wah, baru tersedar tahun nie sambut dua perayaan kita. Jangan lupa tuh..mengenang jasa orang-orang terdahulu bersusah payah memerdekakan Malaysia.  Haaa...patriotik tak aku. Dasyat kan kita bila dah datang mood raya semua mood yang lain hilang.
Masuk Hari yang ke 26 nih, bermakna ada empat hari lagi kita berpuasa. Yang excited tentulah budak-budak kan.  Haziq pun dah tanya bila nak raya.  Kasut raya pun dah beli, baju semua dah siap jadi bangun tido pagi jerk dah sibuk tanya " hari ni raya ke?" pening mak ko nak jawab.
Tahun nih saya beraya rumah sendiri.  Pagi raya tolong-tolong mak mentua kat rumah dia jap, pastu gie ziarah pusara dua anakanda tercinta, dan rasanya tengahari sikit boleh jalan-jalan raya.  Tahun nih raya kedua baru balik rumah mak saya.  Kira best sikit tahun nih sebab dah tambah sorang lagi anak buah.  dah pandai ape Aqilah yerk.  Yang seronok Haziq lah. Kalau tak sorang je kat rumah atok, kira tahun nih ada kawanlah dia.  Tahun nie pun sepupu dia, Adam tak balik Malaysia tapi tahun depan Adam akan balik dengan adik baru.  Huhuhu..meriah agaknye. Macam nih lah orang tak ramai adik beradik. Anak pun belum diizinkan lagi untuk ada. Apapun selamat hari raya. Berhati-hati dijalan raya. Jaga perut, jaga diri dan jaga badan wahahaa...(peringatan untuk diri sendiri tuh).
terimalah kad raya yang tak seberapa huhuh...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan