Selamat berpuasa..lambat nye baru nak wish..dah nak raya kot. Ada kawan saya tu siap hari-hari post lagu raya kat group..hari-hari on the way pegi pejabat dengo lagu raya, semangat lain macam katanye hahaa..kemaruk dah tu.Lama tak membebel kat sini. Bukan lupa tapi terkadang terleka seketika. Ceh,puitis konon..sibuk lah..banyak sangat kerja.ok dah poyo sangat di situ. Ada lagi ke orang nak baca blog ni??hahaa,bajet cun je kan ada orang yang baca blog ni tapi saya tau pasti ada new reader dalam blog ni..ade ke..ade tu di situ..saya nampak tu.hahaa...perasan sangat nih!sila jangan sengetkan mulut atau cebikkan bibir.baca dengan muka yang comel. Hari ni nak cerita ape? Macam-macam nak cerita sebab dah lama tak membebel cuma saya teringat sorang kawan ni. Saya kesian dekat dia,dekat wife dia..wife dia baru keguguran baru-baru ni.saya faham, semua orang apabila mengandung mengharapkan yang terbaik dan berharap kehadiran bayi baru akan menambah seri dalam keluarga.owh, bukan sorang tapi dua orang sahabat saya yang kehilangan baby..sorang tu gugur bayi 2 bulan dalam kandungan dan sorang lagi, bayi dilahirkan sempurna tapi meninggal dunia. Sama macam saya dulu.cuma membezakannya,saya dulu dari awal kandungan dah tau baby ade problem..kawan saya ni pulak tiba2 baby dia meninggal..Innalillah. Lagi swdih bila dia dah beli tiket flight balik bertiga termasuk baby tapi akhirnya baby tak ikut. Aduhai..sedihnya. sabar. Allah sedang menguji kita. Ok,
Siapa yang dah lama ikut kisah-kisah saya sebelum ni pasti tau kan saya pernah kehilangan dua anak perempuan. Anak ke2 dan ke3. Masa tu kecewa sangat. Bayangkan saya dapat tahu baby ada problem semasa 5 bulan mengandung tapi doktor tak boleh buat ape2. Bermakna saya akan melahirkan anak yang akan pergi meninggalkan saya ketika lahir..berat sangat dugaan tu tapi saya tahu..Allah ade perancangan yang lebih baik..redha yang penting. Mujahid kecil tu akan tunggu kita disana. Saya berharap kawan2 saya ni jangan berputus asa.. dan sokong your wife. Beri sedikit perhatian. Saya tahu pedihnya kehilangan. Walaupun pernah kehilangan boyfriend sebelum ni tapi tak serumit kehilangan anak..eh!dah kenapa..hahaa.. ok..serius balik. Tapi tak mo sedih sangat..Ingat Allah. Berkata memang mudah tapi saya tahu nak menghadapinya bukanlah semudah 1,2,3..walaupun situasi kita berbeza namun kita kehilangan yang sama....ANAK.
Ok..tak nak poyo lama-lama, saya nak kongsikan doa2 yang saya amalkan selepas kehilangan dua anak sebelum ni. Saya amalkan setiap kali lepas solat. Cuba amalkan..InsyaAllah.
Isnin, 14 Julai 2014
Kehilangan
Ok..seeloknya baca terjemahan dan fahamkan ayat tu betul-betul. Nanti kita akan rasa macam 'wow' perfect ayat ni. Tak payahlah berubat bagai dengan orang-orang yang kita tak tau betul atau tidak kalau jumpa ustaz-ustaz takpe. Tapi ustaz yang sebenar-benar ustazlah kan.
Satu lagi next time kalau mengandung lagi, semasa kandungan sebelum tiga bulan, kita niatkan akan namakan bayi yang bakal lain dengan nama Muhammad.. betapa besarnya barakah nama Muhammad itu. Ini betul tak tipu. Saya dengar ceramah ustaz tu bagi tips ni khusus untuk sesiapa yang selalu keguguran dan kehilangan anak.
Dan kalau boleh hafal 6bismillah ye. Itu juga pelindung bagi kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan