Selamat bercuti. Cuti hujung minggu yang penuh dengan aktiviti. Biasalahkan mak-mak ni..hujung minggulah nak buat semua. Buat itu ini tengok jam dah pukul 5,6,7,8 dan seterusnyalah. Dah macam cikgu-cikgu pulak dok mengira satu-satu. Biasalah kot bila ada anak kecik kan. Semua pon kelam kelibut, huru-hara..huhuu..cerita macam anak dah 10. Saya sangat kagum pada ibu-ibu yang anak ramai dan bekerja. Sangat-sangat kagum. Mampu buat semua. Saya tak sekuat mereka. Membebel yang entah apa-apa ni. Dah macam hilang punca pon ade ni hahahaa..Dah,dah... Nak cerita pasal Hafikh lah. Hafikh dah 1 tahun 8 bulan. Kejap je kan.. macam-macam karenah dah sekarang. Masih lagi menyusu badan tapi dah campur dengan susu formula bila duduk taska. Hafikh berbeza sikit dengan Haziq. Berbeza dari segi tingkah laku. Mungkin sebab Hafikh dibesarkan di taska, jadi sikap dan tingkah laku berbeza dengan abang dia. Skema pulak ayat saya...sila lah baca dengan sopan santun..lemah gemalai..cettt..
Khamis, 16 Oktober 2014
Penyeri
Rabu, 15 Oktober 2014
Kegilaan Aidijuma
Bila dah lama tak bertamu ni..banyak sangat cerita tau..dan banyak sangat kecenderungan yang baru. Hari ni cuma nak kongsi satu je dulu kegilaan baru.
Isnin, 14 Julai 2014
Kehilangan
Selamat berpuasa..lambat nye baru nak wish..dah nak raya kot. Ada kawan saya tu siap hari-hari post lagu raya kat group..hari-hari on the way pegi pejabat dengo lagu raya, semangat lain macam katanye hahaa..kemaruk dah tu.Lama tak membebel kat sini. Bukan lupa tapi terkadang terleka seketika. Ceh,puitis konon..sibuk lah..banyak sangat kerja.ok dah poyo sangat di situ. Ada lagi ke orang nak baca blog ni??hahaa,bajet cun je kan ada orang yang baca blog ni tapi saya tau pasti ada new reader dalam blog ni..ade ke..ade tu di situ..saya nampak tu.hahaa...perasan sangat nih!sila jangan sengetkan mulut atau cebikkan bibir.baca dengan muka yang comel. Hari ni nak cerita ape? Macam-macam nak cerita sebab dah lama tak membebel cuma saya teringat sorang kawan ni. Saya kesian dekat dia,dekat wife dia..wife dia baru keguguran baru-baru ni.saya faham, semua orang apabila mengandung mengharapkan yang terbaik dan berharap kehadiran bayi baru akan menambah seri dalam keluarga.owh, bukan sorang tapi dua orang sahabat saya yang kehilangan baby..sorang tu gugur bayi 2 bulan dalam kandungan dan sorang lagi, bayi dilahirkan sempurna tapi meninggal dunia. Sama macam saya dulu.cuma membezakannya,saya dulu dari awal kandungan dah tau baby ade problem..kawan saya ni pulak tiba2 baby dia meninggal..Innalillah. Lagi swdih bila dia dah beli tiket flight balik bertiga termasuk baby tapi akhirnya baby tak ikut. Aduhai..sedihnya. sabar. Allah sedang menguji kita. Ok,
Siapa yang dah lama ikut kisah-kisah saya sebelum ni pasti tau kan saya pernah kehilangan dua anak perempuan. Anak ke2 dan ke3. Masa tu kecewa sangat. Bayangkan saya dapat tahu baby ada problem semasa 5 bulan mengandung tapi doktor tak boleh buat ape2. Bermakna saya akan melahirkan anak yang akan pergi meninggalkan saya ketika lahir..berat sangat dugaan tu tapi saya tahu..Allah ade perancangan yang lebih baik..redha yang penting. Mujahid kecil tu akan tunggu kita disana. Saya berharap kawan2 saya ni jangan berputus asa.. dan sokong your wife. Beri sedikit perhatian. Saya tahu pedihnya kehilangan. Walaupun pernah kehilangan boyfriend sebelum ni tapi tak serumit kehilangan anak..eh!dah kenapa..hahaa.. ok..serius balik. Tapi tak mo sedih sangat..Ingat Allah. Berkata memang mudah tapi saya tahu nak menghadapinya bukanlah semudah 1,2,3..walaupun situasi kita berbeza namun kita kehilangan yang sama....ANAK.
Ok..tak nak poyo lama-lama, saya nak kongsikan doa2 yang saya amalkan selepas kehilangan dua anak sebelum ni. Saya amalkan setiap kali lepas solat. Cuba amalkan..InsyaAllah.
Khamis, 3 Julai 2014
Kosong
Kosong sepi..
Sepi..sunyi..
Sunyi..rindu
Mencari dimana silapnya
Dimana berakhirnya.
Tak pasti dimana arah
Kusut
Ketawa dan mencari
Menanti dengan harapan yang tak pasti.
Meneroka..menggali mencari realiti
Erm...sendiri pon tak pasti
Semoga hari2 yang dilewati akan terus menerangi perjalanan yang panjang ini. Semoga hidayah Allah akan terus menerangi kegelapan hati kita...
Kita semua..
Aku,shikin ☺
Selasa, 1 April 2014
Birthday Haziq Dan Hafikh
Dah berapa bulan cerita ni, dah sebulan lebih nie baru nak post. tapi tak pelah kan janji saya masuk kan juga cerita dongeng ni. Tahun ni adalah tahun pertama Haziq menyambut beday dia bersama adik. Kalau tahun lepas birthday party dia tertunda sebab saya bersalin, tahun nie pulak berdua kongsi kek dengan adik. Kenalah kongsi-kongsi kan sekarang. Dah ada adik. gitu..Untuk deco tak berapa nak deco majlis ni, banyak barang-barang tahun lepas saya pakai. Bukan makan tu yang dah lama, tapi baran-barang macam plastik, sticker dan sikit-sikit gift untuk tetamu tu. Jimat lagi. Inilah yang saya suka hahaa.
Ahad, 30 Mac 2014
I-City Misi Mencari cinta..
Alkisah bermula disebabkan UncleBad nak berjumpa sorang member ni dan kebetulan kitaorang janji kat Shah Alam. Lepas tu planning esok tu dia nak pegi tengok-tengok rim kereta kat Puchong maka, terjadilah jalan-jalan tak dirancang ni. Layankan je..Kitaorang kan tuli sikit bab jalan kat KL ni. mau habis minyak satu tangki kalau buat pandai je. jadi untuk selamat keadaan, kita guna kan waze. Memang terbaiklah. Tak sesat u olls. kalau tak mesti haru. UncleBad pulak jenis tak cool bab cegini. mula cuak semacam. dekat dua puluh kali rasanya dia tanya kalau nak masuk simpang tu. dari orang cakap belok kiri dia pegi ke kanan..nasib dapat wife yang penyabar macam ai u ollsssss...huhuuu
okeh-okeh jom dipendekkan kisah,lepas jumpa friend terusla ke I-City. Orang dah berjuta kali kot pegi kitaorang baru nak sampai. Jakon kejap masa sampai tu.Rupa nya I city ni bandar yang berwarna warni dengan lampu ye. Saya yang lampi ni ingatkan just tempat mandi manda dan tempat rumah salji je rupanya memang penuh dengan segala macam benda dan lampu dalam tu ek. ui...dasat..ko datang bawa duit je lah sebab semua tempat yang nak masuk tu..kena bayor okey. Kejong kaki mak ni..