Eh, sebenarnye saya nak cerita pasal Hafikh. Hai Hafikh lagi ek. Semua nye Hafikh. Cerita Haziq bila pula?? Biasalah kan baby nie best sikit nak cerita. Haziq dah besar, dah banyak kot cerita tentang dia sebelum nie. hahaa...
Hafikh dah berusia 5 bulan dan 3 hari. apa yang dia dah pandai?? Dia baru je pandai meniarap. Letak aje pusing. Pusing aje letak. tangan masuk mulut memang tak bleh blah. Geram tengok. Bila nangis suka nak ketuk-ketuk kepala. . Masih lagi menyusu badan. ha.. tapi dengan nada kecewa, saya sudah campur dengan formula milk semasa berada di taska. frust sangat, sangat, sangat.. saya target nak susu badan secara exclusive sampai dia usia enam bulan tapi tak kesampaian. satu bulan je lagi kot tapi nak buat macam mana stok susu habis. Langsung tak de sikit pon yang tinggal. Banyak saya beli plastik penyimpanan susu tapi tak dapat nak guna sudah. Ni nak cerita, saya simpan stok yang saya rasa cukup untuk Hafikh semasa saya bekerja namun ape yang dirancang tak menjadi. Minggu pertama kerja, saya sangat sibuk tapi sempat lagi pam susu kat pejabat sebanyak 3 kali dan sekali pada waktu malam. Masuk minggu kedua masih lagi sibuk. Banyak kerja yang urgent perlu disiapkan Huru hara betul lah masa tu. Pastu meeting luar daerah lagi. Jadi kesempatan untuk pam susu tak ade. Lama-lama stok tak cukup walaupun pengeluaran susu masih lagi seperti biasa. Tak tau macam mana nak buat. Pernah sekali saya pam dalam kereta semasa meeting kat Nusajaya tapi yang menjadi masalah bila pergi meeting naik kenderaan jabatan, kat mana ai mau pam..Memang tension tau sampai satu tahap, masa tu saya ada mesyuarat kat Kuantan, Lepas tu mak mentua telefon susu tak cukup. Masa tu lah start minum susu formula. Sibuk betul mak ko nie nak.. Sekarang nie saya masih lagi pam kat pejabat macam biasa. Setiap hari kena pam tau. Kalau tak, stok untuk esok tak ade. Bila saya balik lewat sikit terpaksalah campur susu biasa. Sian kan Hafikh. Tapi saya akan pastikan Hafikh menyusu sehingga dua tahun. Lagi pon Bulan depan dia dah start makan, jadi rasanya tak ada masalah kot. Erm, nak sedapkan hati lah tu. Dah, dah tak cerita bab tu lagi. Sedih.. sambung balik, Hafikh sekarang dah mula kenal orang tapi setakat nie dia oklah. Tak lah tak nak orang langsung. Mungkin sebab hantar dia kat taska jadi ramai orang yang dia jumpa. Cuma yang tak tahan tu, bila petang je tak nak tido. Bila tak nak tido mula buat perangai. Tambah masa puasa nie. Memang sentaplah saya tengok. Sabar je lah.
Berat dia tak banyak naik bulan ni. Kalau bulan lepas 6.10 kg bulan ni naik sikit cuma 6.7kg sahaja.
Nie kena pakai sarung tangan sebab asik nak hisap jari je. Tapi bila time orang usik memang ketawa memanjang.
Ni gambar masa cuti sekolah hari tu. Masa nie Haziq tak berapa sihat tapi sempat lagi tunjuk peace masa ambik gambar. Makan pun tak lalu masa ni. Kalau tak dia lah yang laju bila makan samapi mak mentua lalu pun tak perasan .so, pada sesiapa yang rindu Haziq, terubat lah sikit kot lepas tengok gambar nie hehee. tak pe nanti kita cerita pasal Haziq puleks ea..
tak pelah kin, yg penting dah usaha. sape kata BF baby dgn kita yg keje ni senang..siapa yg hadapi, baru tau mcamana nak tempuh byk dugaan. jgn putus asa ok. bila ada masa, pulun pam. Mindset kene betul. aku doakan ko berjaya..amin.
BalasPadam