Khamis, 11 April 2013

Belajar Untuk Mencintai

 Wah! kemain ayat kau..sebenarnye sekarang ni saya sedang belajar...belajar untuk menyimpan dan memberi susu ibu.  Gempak kan tajuk..motif??? Niat nie dah lama sangat saya simpan. Dah 4tahunrasanya. Sejak mengandungkan anak yang ke dua.  Tapi masa tu hajat tak kesampaian, sekarang nie lah baru nak belajar semula.  Dulu masa lahirkan Haziq saya sempat susukan dia dua bulan je. Masa tu baru dapat keje kat muo, Haziq pun mak yang jaga, jadi untk menyusukan baby selama 6 bulan sekurang-kurangnye tak kesmpaian. Ditambah dengan kurang ilmu, lagilah terus berkubur impian tu. Untuk sekarang nie, saya sedang cuba untuk menyusukan seberapa lama yang boleh dengan susu ibu nih. Harap banyaklah susu saya.  Setakat nie, saya tak ada ambil ape-ape supplement. Cuma saya mengamalkan memakan yang boleh tambah susu seperti tempe, tauhu, kurma, milo (hari-hari minum), sayur-sayuran dan daging selain rajin mengepam. Saya percaya pada 'supply and demand'. lagi kerap menyusu dan mengepam, lagi banyak ssu keluar. Harap-harap dipermudahkan.  Setakat ni Alhamdulillah susu tu cukup.  Saya pun banyak belajar dari blog-blog yang menyokong penyusuan ibu dan juga blog teman baik saya  Saya juga ada beli beberapa buah buku.  Buku-buku nie pun dah empat tahun saya simpan.




Buku yang dibeli dari blog mommy lyna. nie bukan buku sebenarnye, ini ebook. saya beli dan print. tak mahal pon RM 20.00 rasanya. Yelah tak puas kot nak baca dalam komputer. Ini adalah dari pengalaman diaselama menysu dan membesarkan anak-anak. macam-macam persoalan dia kupas dalam nie dan banyak gak lah membantu saya.  Lagipon senangkan, kalau lupa buka je buku. takyah nak buka komputer bagai.

dan satu lagi buku tajuk "panduan menyusu bagi ibu bekerja" Cam tuh lah lebih kurang tajuknye tapi sayangnye entah kat mana saya letak. tak jumpa masa nak snap gambar tadi hahaa...tensi tau cari tak jumpa-jumpa dah lah si Hafikh nie tak nak tido. Tido kejap bangun, tido lagi bangun lagi...bilelah ibu ko nie nak kurus..lak lari tajuk..

nie pulak gambar Hafikh tido dengan nyenyak nye. macam kena peluk. nie gambar pagi semalam. nyenyak kan. Kalau hari nie punya gambar dah lain. dah botak. semalam petang cukur rambut dia. dah clear dah kepala dia. 
Malas nak snap gambar botak hari nie. tunggulah bebila free banyak nanti. hari nie nak tunjuk gambar kenyeyakkan dia tido. Malam-malam,  sekarang dia dah tak kerap bangun macam dalam pantang. Dah tak payah lagi saya tido sambil duduk pangku dia...dah, dah..semua tu dia dah tak buat perangai lagi harap sampai bile-bile lah macam tuh..senang saya nak mimpi malam-malam. lagilah dengan tilam empok baru nie, memang tak boleh bka mata lah hehee many thank you lah pada mak long sebab sponsor tilam nie hihik..tapi siang, jangan harap nak tido macam nih...dah besar sikit nie dah pandai tido-tido ayam. kejap sentap. tak tau lah nie macam mana nak hantar rumah orang bulan depan..risau juga kalau payah tido nie.  













Tiada ulasan:

Catat Ulasan