Owh sungguh tension hari-hari pegi cek darah. sampai tak menyempat nak buat semua perancangan...tak mampu okey. Selepas keluar wad hari tuh, hari yag ke tujuh Hafikh dah kena tahan wad. Dengan saya sekali kena masuk wad sebab jaga dia dok bawah lampu biru. Masa tu, satu lampu je. 16 mgd/L. tiga hari dok wad, doktor bagi keluar tapi kuning tuh masih ada tapi dah tak banyak. suka nye lah masa tuh. penat oi, dok wad lama-lama..boring. Pastu bile dah balik rumah still lagi kena cek darah kat klinik kesihatan. Kesian anak saya. Dah kebal rasanya dengan ambik darah bagai. hari-hari pegi klinik. dah tak macam orang dalam pantang. Sian ek. dah lah semua tak leh makan. Halia, kunyit, jamu segala jenis herbalah tak boleh. Pati ikan haruan pon tak makan. bukan ape takut bacaan bilirubin Hafikh naik lagi. Sudahnye, nak makan pun takut. sampai dah tak tau mak saya nak masak kan ape untuk saya. Semuanye pucat dan putih hahaaa...ok, bila dah cek hari-hari tetiba hari yang ke15 bacaan tu naik mendadak...sampai 15mgd/L owh sngguh tension. dan pada hari ke 17 kena cek pakar kanak-kanak. Mula-mula tu doktor cakap ok. baby dah hari ke17 tak kena tahan wad sebab biasanye selepas hari ke 14 otak baby dah kuat. jadi kuning tu tak masuk ke otak. owh, sungguh lega sebelum balik doktor ambil air kencing dan darah baby dan suruh datang dua minggu lagi. Sian adik. melalak-lalak orang ambik darah. tak ta lah macam mana pula nurse tu ambik air kencing. Saya tak dibenarkan masuk. Dengar je lah anak menangis dari luar. Tapi petang esoknye, doktor suruh saya bawa baby ke hospital sebab dia kata bacaan tinggi sangat 23mgd/L. Kali nie baby masuk wad sorang. kalau hari tu rendah lagi jadi saya kena jaga baby kat wad dan letak bawah satu lampu biru tapi kali nie Hafikh kena dok bawah dua lampu biru dan dimasukkan air. Kali nie dia masuk wad SCN. Wad khas untk baby yang bermasalah. wad nie lah tempat Haziq membesar selama sebulan diawal kelahiran dia dulu. Sekarang, adik dia pula dok situ. Susahnye saya nak ada anak kan??? tapi saya redha Allah sedang menguji saya lagi. Kesian dia tangan dah berselirat dengan tiup air. Tapi yang bagus nye, Hafikh nie masih aktif. Tu yang doktor kata tak perlu risau. doktor cuma takut ada jangkitan kuman. Masuk air satu hari je pastu dah tak masuk lagi.. dia pun dah duduk bawah satu lampu. kira kurang sikitlah panas. Sian anak ibu. tapi masih lagi kuning. Saya cuma datang jenguk dan hantar susu. Kat situ hanya ibubapa je yang boleh masuk. So, Haziq dah tak dapat jumpa adik dalam beberapa hari.
Tangan baby kesan ambik darah
nie pulak jarum untuk masuk air. Jarum nie nurse tanggalkan masa keluar wad . Lebamlah sikit tangan Hafikh hari tu. tapi sekarang dah okey.
Tidur bawah lampu. sian Hafikh.
Kuning lama rasanya kena jaundies pre-long. Memang ada yg jenis sakit kuning kene lama. Tak apa, insyaallah, hafikh akan sembuh. Jgn risau k. tgk gambar lengan dia..mesti dah besar nanti bambam ni..
BalasPadam