Jumaat, 6 Januari 2012

Budak Baik

Dua, tiga hari nie semua orang sibuk cerita pasal hantar anak gie sekolah kan,kan, kan.. tapi saya xde kesah plak nak cerita pasal budak sekolah. Taun nie Haziq masih lagi kat sekolah lama dia. So, tak de per yang excited. kenapa dengan mak ko nih pun tak tau lah.  Taun depan baru nak excited balik sebab taun depan dah darjah satu.  Pakai baju putih dah.  Masa hantar Haziq gie sekolah hari tuh pun dia relaks jerk sebab kawan-kawan lama masih ada. Saya cuti tapi pun dok kat sekolah tak lama sebab tengok Haziq ok je.
Bila fikir-fikir balik, dah besar Haziq nih.  Dah enam tahun. Tahun depan dah darjah satu.  ape maknanye? makna nya saya dah tua okey.  Bila anak dah makin besar, saya pun makin tua lah.  semua pun macam tuh kan. Dulu kecik2, selalu pikir cepatlah ko besar tak sedar diri masa tuh, bila anak dah semakin besar bermakna ko pon dah makin tua. muahahhaa....
nie nak tunjuk skit gambar terbaru Haziq

gambar minggu lepas. masa nie nak pegi Melaka.  Pagi tuh dak Haziq macam biasa tak nak makan pastuh pujuk2 nak makan KFC. Kenalah pegi asalkan dia makan. sedangkan masa nie perut saya dah berbunyi-bunyi sebab lapar sangat pagi tak breakfast.  Budget nak makan nasi tapi sebab dak Haziq nieh nak KFC, saya layankan jugak lah permintaan dia nih.

Dah besar dah dia nie.  Dulu kecik sangat.  Cakap pon dah macam orang tua. Macam tak pecaya boley keluar ayat mak-mak sesekali dari mulut dia nih.  membebel jerk.


Yang ini pulak memang mak. hehee...suruh Haziq ambik gambar nie. Tak nampak kaki pon.  Baru nak tayang kasut muahaa..


pegi wonderland Melaka je.  Masa nih si Haziq tengah memancat-manjat mainan kat situ.  Lepas mandi.  Masa mandi tak snap gambar sebab kamera tinggal dalam locker.  Kesian gak kat dia ni.  selalu cakap boring tak de kawan.  Kat rumah pon main sorang-sorang.  Habis segala patung jadi askar dia. hehee...

hah, terjunan berani punya. Sorang-sorang pon jadi dia nih.  Cuma kesian bila tengok orang lain datang main dengan adik beradik.  Dia main sorang jerk. 

Lagi aksi Haziq. Ape pon dian memang anak yang baik dan mendengar kata. Walaupun sesekali angin juga dengan perangai suka menjawab tuh tapi kebanyak kan perkara, dia patuh pada arahan... heheheh  itu yang terbaik.  suka ibu ko bila orang mendengar arahan nie.  Maklumlah ahkak kan bossss.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan