Selasa, 11 Oktober 2011

MUKA YANG BERSIH

Suci nye ayat saya kat atas tuh.  Macam bagusnye, cantik lawa je..padahal hancus muahaaha. Bila dah seharian keje, muka dah berpeluh-peluh, berminyak dan jerebu mesti nak cuci mukakan lepas balik kerja.Tambah macam saya nih yang selalu keje bawah matahari.  Yang paling ahkak tak tahan kan...muka akan tumbuh jerangat yang sangat banyak. oh tidak mahu. Ok untuk mengurangkan dan memulihkan muka yang sedia ada cantik berjeragat nih, saya telah menemui satu produk baru yang saya rasa teruja bila nak pakai.  Sebab,sebab, sebab pakai setitikje  akan dapat mencuci muka dengan sebersihnya.
Telah menemui satu produk baru dan saya telah mencuba membeli, memakai dan menggunakan dengan sepenuh jiwa raga hahaaa... korang pakai ape? tak kira apapun, janji cuci muka kan.  Nak cantik kena rajin. kan,kan,kan...ayat tak boleh blah.

Tadaaa, saya pakai produk ini sekarang



Dah nampak tak? Macam nak promote barang je kan?  Sesungguhnya, rancangan ini tidak berbayar siarannya just nak kongsi jerk. Pernah dengar tak?? ape nah?? oh, pernah.. Saya diperkenalkan dengan MaryKay ni oleh sepupu saya. Dia jual produk nih. Mula-mula tuh saya beli foundation je, tapi bila dah tanya-tanya pasal produk nih terus jatuh cinta dan nak cuba mengurat menggunakan produk pembersih wajah  ni. Kalau tak pernah dengar tu cuba tengok sini untuk berkenalan ; -)
Jom kawan-kawan baca ini ;

Mula-mula sucikan bersihkan  muka dengan ini.. ini produk untuk kulit muka kering okey.
Pakai  cleanser dulu.  Untuk musk, pakai dua kali seminggu.. Picit ditiga hujung jari terakhir dan ratakan kemuka dengan tiga jari tadi juga.  Wah dah macam jururunding profesional... 

 Lepas tuh pakai toner plak..urut dengan perlahan tapi bagi ahkak yang nak cepat nih,  sapu jerk laju-laju bila rasa dah rata baru pakai ini pulak

Moisturizer.. pakai pelembab nih secuit ajer.. jangan banyak-banyak membazir.  Sikit pun dah penuh satu muka.  Bagus, boley jimat cermat.

Lepas tuh, ko tonyoh benda ni kat muka...Foundation okey. Pakai secara berhemah, jangan main letak je.  Kang tak sampai seminggu dah habis.  Gaji lambat lagi nih...

Pastu pakai bedak serbuk nih.  Saya suka pakai bedak serbuk dari compact sebab dia cepat rata dan jimat penggunaan nye.  Nape? owh, macam mana plak keluar MAC pulak nih.  hahaa...bedak nie stok lama.  Sayang nak buang semata-mata nak beli bedak MaryKay.  Sayang duit mak. Selagi belum habis pakai jugak...kalau dah nak habis pun, tunggang terbalikkan sampai keluar bedak tuh.  Sian kan..

Okeh itu saja kot cara saya bersihkan wajah setiap hari. Dah dua minggu saya gunakan produk MaryKay nih. Nampak macam dah kurang sikit noda-noda kat muka nih.  Harap-harap lepas ni akan cantik mulus sesuci lebaran salji dan segebu kulit bayi hahaaa...boley ke? 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan