Isnin, 18 Julai 2011

Teddy

Dah lama tak crita pasal budak telinga capang nih kan? Dah lama tak mengutuk bagai dia nih.  Badan pun dah debab.  Sejak dah berumur lima tahun nih dah macam orang tua pulak bila bercakap.  Macam-macam ayat yang tak disangka-sangka keluar dari mulut becok dia.  Pelat pun dah tak de.  Bila tengok TV, macam-macam soalan keluar sampai pening kepala mak ko nih nak menjawab.  Nak cari jawapan yang logik.  Kalau tak,  sah-sah kena tanya semula sampai dia paham. Sekarang hobi terbaru mengumpul koleksi patung.  Patung okey!dah macam gegirl pulak kumpul koleksi teddy.  Buat masa nih mainan ultraman semua dia tak usi k sebabnye ibu dia tengah malas nak kemas barang-barang mainan dia yang kat dalam karung tuh.  Malas nak kemas-kemas ooooo...biar letak kat stor dulu sampai datang penyakit rajin datang baru sambung kemas mana yang tak siap-siap tuh.  Lagipun raya lambat lagi hehehe..
Cuba korang tengok nih...tak kuasa aku..
Siap tutup-tutup muka tuh.  Tau tak nih teddy sape??? teddy abang kacang. Mr Bean ...Perasan tak?
 Yang nih pula si zombie yang tak mati-mati.  Terlampau suka sangat game zombie VS plant,  cari pulak patung nih.  nasiblah yang besar dah habis.  Tinggal patung yang kecik nih jerk, kalau tak kopak bapak ko. Dia nak lumba dengan mak Siti dia kumpul koleksi teddy agaknya hehee...Mak Siti dia beli angry birds, dia sibuk-sibuk nak cari teddy gak.  Nasib dia tak berapa nak minat dengan burung garang tuh...kalau tak lagi kopak okey..aje pening.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan