Ahad, 31 Julai 2011

Rombongan Sekolah

owh...sungguh kemalasan sekarang nih..dok rumah time cuti nih rasa macam tak cukup masa.  Sejak dah dok rumah sendiri terasa macam dah lari gile life dulu-dulu.  Harapnye, akan kembali seperti biasa bila dah keje minggu depan.  Keje? dah lama tak keje memang rasa rindu nak pening2 buat keje. Cuma Malasnye nak kelam kabut....dah dekat dua bulan jadi surirumah, bangun pagi lewat sikit siap kan Haziq pegi sekolah, pastu jemput dia plak balik sekolah...dan bla,bla,bla...Keje start hari jumaat. hari terakhir dalam seminggu waktu bekerja Nak sambung cuti tapi saya masih lagi belum lapor diri di pejabat baru takkan nak ngada2 kan sambung cuti walaupun hakikatnye boley sangat nak sambung. Tapi tak pelah...keje, kenal-kenal kawan baru, masuk ngaji pagi tuh dan biasa-biasakan tempat baru.
Saya rasa sudah terlalu lama tak cerita tentang sekolah haziq...tentang ragam budak-budak sekolah.  Sekarang nih Haziq masuk sekolah baru.  Dekat je ko dengan rumah.  Jalan kaki jerk.  Sekolah tadika Perpaduan.  Cuba sampai setengah tahun.  Tak sempat nak cari sekolah tadika lain.  Rasanya okey juga sekolah sini.  Selain dapat kenal kawan dekat-dekat rumah nih,  banyak aktiviti dijalankan kat sekolah nih.  Ibubapa pun kena aktif sekali. Kalau dulu pegi sekolah naik kereta, sekarang jalan kaki jerk tak sampai tiga minit dah ada depan sekolah.
Untuk pertama kalinya, Haziq telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Zenxin Organic Park.  Dari sekolah naik bas. biasalah kan bebudak nih sema nya teruja. Yang pompuan siap pakai lipstik. bling-bling lagi. cewah, macam tak biasa pulak...dulo-dulo pun bila time sekolah buat rombongan punyalah suka sampai tak tido malam Rombongan ni sebenarnya hanya untuk kanak-kanak tadika jerk.  Ibubapa tak pegi. Hanya AJK sekolah jerk dibenarkan.  Saya plak pegi sebab cikgu pelawe...katenye Haziq masih baru takut tak biasa dengan kekawan lagi tapi hakikat sebenarnye, budak telinga capang tuh tak kan menangis punya.  Kebal dengan usikan hehee...tapi bila cikgu dah ajak tuh, saya on aje.  Masih bercuti lagi plak tuh. Tak de hal lah.  Risau gak biar lepas dia macam tuh jerk.  Anak sorang tuh...risau, risau, risau ( nyanyi sikt lagu kalau cinta-aliff Aziz) gatal jerk bunyi hehehee...
Mula-mula sampai turun dari bas kena beratur...tegak-tegak okey...si Haziq tuh tengah-tengah budak perempuan semua
selamat datang Zenin Organic Park yang terletak di Daerah Kluang, Johor.
Pusat penanaman organic terbesar di Malaysia.

Mula-mula dibawa ke kebun buah naga. Macam pokok kaktus cuma pokok naga ni daun panjang-panjang sikit. Tu yang pegang pembesar suara adalah pekerja kat situ.

Sempat bergambar depan pokok naga.

Lepas tuh semua naik atas menara. Tangkap gambar tengok pemandangan  kebun dari atas.. nih dak Haziq dah kepenatan memanjat tangga
Ambil gambar ramai-ramai
Lepas tuh pegi petik kangkung plak


Semua petik kangkung...

Dah macam lalang plak kangkung nih hehehe


Balik boleh jual..Suka dapat petik sayur.

makan time


Lepas makan bagi arnab makan plak...Haziq tuh Takut 

Tengok, dok jejauh jerk dia

aksi depan kandang arnab


Okey dah settle semua nih, tunggu keretapi plak untuk balik ke Segamat.

Ibu pun nak possing sama



Pegang tiang signboard jangan bagi jatuh

muka Ibu-ibu yang terlebih teruja

Sempatbeli jajan..

Buat muka dan akhirnya tido dalam keretapi sampai Segamat.

Isnin, 18 Julai 2011

Teddy

Dah lama tak crita pasal budak telinga capang nih kan? Dah lama tak mengutuk bagai dia nih.  Badan pun dah debab.  Sejak dah berumur lima tahun nih dah macam orang tua pulak bila bercakap.  Macam-macam ayat yang tak disangka-sangka keluar dari mulut becok dia.  Pelat pun dah tak de.  Bila tengok TV, macam-macam soalan keluar sampai pening kepala mak ko nih nak menjawab.  Nak cari jawapan yang logik.  Kalau tak,  sah-sah kena tanya semula sampai dia paham. Sekarang hobi terbaru mengumpul koleksi patung.  Patung okey!dah macam gegirl pulak kumpul koleksi teddy.  Buat masa nih mainan ultraman semua dia tak usi k sebabnye ibu dia tengah malas nak kemas barang-barang mainan dia yang kat dalam karung tuh.  Malas nak kemas-kemas ooooo...biar letak kat stor dulu sampai datang penyakit rajin datang baru sambung kemas mana yang tak siap-siap tuh.  Lagipun raya lambat lagi hehehe..
Cuba korang tengok nih...tak kuasa aku..
Siap tutup-tutup muka tuh.  Tau tak nih teddy sape??? teddy abang kacang. Mr Bean ...Perasan tak?
 Yang nih pula si zombie yang tak mati-mati.  Terlampau suka sangat game zombie VS plant,  cari pulak patung nih.  nasiblah yang besar dah habis.  Tinggal patung yang kecik nih jerk, kalau tak kopak bapak ko. Dia nak lumba dengan mak Siti dia kumpul koleksi teddy agaknya hehee...Mak Siti dia beli angry birds, dia sibuk-sibuk nak cari teddy gak.  Nasib dia tak berapa nak minat dengan burung garang tuh...kalau tak lagi kopak okey..aje pening.







Selasa, 5 Julai 2011

Pemalas ker?





Ape yang korang pikir bila tengok gambar serabut nih...mesti korang cakap saya pemalas kan? amboi tak sayang mulot ko.  Rajin sangat akak nih ye.. mari lah tolong kemas.  Penat o..nak kemas sema nih.  Seminggu pun tak habis.  Melambak-lambak kain baju tak lipat.  Ape lah cerita...
Ok sebenarnya saya yang belum habis pantang nih dah berpindah.  Rumah ku sudah siap.  Setelah mengemas ape yang patut dalam masa dua hari,  saya dengan penuh kesukaan telah berambus berpindah keluar dari rumah kuarters kerajaan di Muar.Sedih pulak rasa nak tinggalkan Muar yang penuh kenangan.  Di sinilah tempat pertama saya ditempatkan setelah dapat tawaran kerja tetap.  Di sinilah saya seorang diri membesarkan Haziq selama dua tahun setengah sebelum Uncle Bad berpindah ke sini, disinilah saya kenal rakan-rakan dan orang-orang Muo dan di Sinilah saya melahirkan dua puteri yang lebih disayangi oleh maha penciptanya tapi nak buat macam mana kan? pandang depan dan teruskan berjalan tanpa toleh-toleh kebelakang lagi...kalau toleh-toleh nangis kang.. Dan ini adalah kisahnya.  Kisah kesibukan mengemas dirumah sendiri. Dan gambar-gambar yang terpampang kat atas tadi tu adalah gambar keadaan rumah saya sekarang.  Rumah yang akan menjadi tempat tinggal kami sekeluarga buat selamanya.  InsyaAllah.  Sawadeekap...
Dan ini saje yang dah siap
V
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Alamak....konon.., eh, tak saje je nak bagitau heheee...weylawey...poyo langsir baru tuh. tapi dah macam pokok duit syiling...bank negara. Tak pe yang penting akak sooookaa.