Rabu, 15 September 2010

SALAM SYAWAL

Sesudah 41 hari mencari cinta...ops, bukan, bukan salah ,salah..sesudah enam hari di bulan syawal nie, baru hari nie saya menulis semula. Raya beb!kena berikan sepenuh tumpuan pada hari raya nie..pada saudara mara yang datang, pada kuih raya yang banyak-banyak, bulat-bulat dan lepir debab hehee ada ke?. Macam raya sakan je saya nie. Masih lagi dalam mood raya dan masih lagi belum bekerja, saya nak cerita sikit tentang sambutan syawal tahun ini. Sebenarnya saya tak de lah berjalan sangat. Tapi saje je nak poyo kan...
Malam raya, saya dirumah mentua. seperti biasa suami saya dipagi raya dia bekerja. Bekerja menyambut tetamu di kediaman rasmi Pegawai daerah ( rumah bos dia). kesian kan kat saya anak beranak wawawa...Nasiblah kan rumah mak saya pun tak berapa jauh kalau tak tiap-tiap tahun aku naik hantu hehee garangnye. so, petang barulah dapat beraya setelah suami saya pulang dari rumah bos dia tu. Pagi tu pun kat rumah mentua penuh dengan saudara mara suami saya. Jadi tak de lah boring sangat kan..saya kan peramah uwek..uwek..apesal?ngandung? terlebih sudah..



Petang pegi rumah arwah atok saya. Kat area Segamat juga. My family pun semua kat situ cuma tahun nie, adik kedua saya angah,  tak dapat beraya bersama. suami dia bekerja dan mereka akan pulang ke rumah family saya pada raya kelima. Kesian juga kat dia. First time raya jauh iaitu di Kedah dan jauh dari family sendiri. Tapi still lagi ok sebab dekat dengan family suami. Apapun jumpa raya kelapan nanti.Lambat tu.. InsyAllah.


Inilah gambar raya tahun 2010 nie. bersama keluarga kecil kami. Dak Haziq tu mengada-ngada. Tunduk-tunduk bawah pula dahlah tak nak pakai samping dengan songkok. Tengok apak dia..smart je macam YB hihiii...sukalah tu kena puji.

Ini pula gambar dengan mak mentua saya. ambik gambar kat luar rumah je sebab dalam rumah ramai orang. Ma..lu... Dak Haziq tu pula masih lagi nak tengok bawah. Kira semut ke ape...

Ini dengan adik ipar saya. Inilah Mak siti Haziq. Muka Haziq tu dah nampak sikit tapi masih lagi mengada pandang-pandang tempat lain. Nie ingat iklan kat dalam majalah ke.


 Ha, dapat pun ambik gambar penuh budak botak nie. Ni dah pakai samping tapi masih lagi tak nak pakai songkok. Ish..

Pagi-pagi raya sibuk je dia nak main basikal bagai. Macam tak penah jumpa plak.


anak sape? jangan terkejut lak tengok saya sudah ada baby. Nie anak sepupu saya cikgu Mimi. hehee..nama arine..betul ke ejaan tu.Si comel nie baru bangun tido masa nie. baik je dia kan..

Yang ini pula gambar-gambar semasa beraya di rumah arwah atok saya di KG Pogoh, Segamat..

 Haziq bersama ibu-ibu saudara. mak uda sebelah kiri dan sebelah kanan sepupu saya. Haziq panggil Makngah Zira..boley tak? dan lupa, budak bujang kat sebelah tu, Rafiq..tak tau lah nak suruh Haziq panggil ape..panggil uncle Rafiq boley tak???

Suasana di rumah arwah atok saya. sembang menyembang...

Gambar depan tangga rumah atok. bersama Mimi sekeluarga.

Gambar tak perasan..ala-ala candid..boleh pula.


Dua ketul makcik Haziq yang perasan huhuuu jangan marah.,.


Gambar adik-beradik ayah saya. kenapasemua orang macam tak bersedia..tukang ambik gambar nie mesti ak cakap 1,2,3 bukan saya ye yang ambil gambar nie. Saya jadi pengarah je. Ucu tu ( sebelah kanan sekali) siap sengseng baju macam nak basuh pinggan je. hehe


Ha...ini gambar setelah bersiap sedia...Ucu pun dah tak sengseng lengan. dari kiri ayah teh, mak Ngah, ayah Long, ayah saya, Itam dan Ucu.


Yang ini gambar bersama isteri masing-masing.


Apesal budak-budak nie..


Wah!Ko Haziq bukan main lagi ambik gambar dengan Acu. senyum bagai. Kalau ambil gambar dengan mak, apak..tunduk-tunduk menyembah bumi..sedey ibu wawawa..


Ini pun sama sopan je..bersama makcik-makcik dia..yang tepi sepupu saya
Nabila.

Raya ketiga saya balik rumah mak saya. Lambat nye balik rumah mak ye... keluarga saya beraya di rumah arwah atok saya sampai raya kedua. so, raya ketiga baru saya balik rumah mak. Petang tu pula adik beradik ayah saya datang ke rumah. hu..meriah sungguh. Family ayah saya nie memang rajin berziarah time raya. Dulu masa belum kahwin, saya selalu ikut tapi bile dah bersuami nie jarang-jarang dapat join. ikut mood suami hehee..biasalah abang Bakhtiar nie, tak rajin nak berjalan. rumah-rumah dekat-dekat je boleh lah. Apapun saya tak kisah. saling memahami wah baik betul isteri ko nie..

 Makanan yang dihidangkan oleh mak saya semasa kunjungan saudara mara ke rumah saya pada hari raya ketiga..mee bandung


dan juga pisang goreng. sebelah tu kuah me bandung.


 Haziq makan mee goreng kat dapur rumah atok.


bergambar bersama Azril (cucu jiran sebelah rumah mak saya).













Tiada ulasan:

Catat Ulasan